tudungsicomelLoading...

Tips Mengajar Anak Perempuan Pakai Tudung Dari Kecil

Salam puan, salam ceria (^_^)

Kita ada terjumpa satu perkongsian yang kita rasa ianya bermanfaat untuk dikongsikan. Ianya berkenaan Tips mengajar anak perempuan bertudung dari kecil.

Selamat membaca (^_^). Semoga beroleh manfaat. Amin

Pn Haridah - Tips Mengajar Anak Perempuan Pakai Tudung Dari Kecil

Tips Mengajar Anak Perempuan Pakai Tudung Dari Kecil

Masa awal sampai kampung baru ni. Memang anak saya nak pakai tudung semata nak pergi ke dapur rumah atok. Kesian pulak saya rasa…ngeh ngeh. Baru umur 7 tahun.

Tiada tips gempak mana pun. Saya share sedikit sebanyak dari pengalaman.

1. Pakaikan tudung seawal umur mereka. Beli la saiz yang bersesuaian dengan mereka.

2. Konsisten suruh pakai setiap kali keluar rumah. Konsisten sangat penting. Lagi-lagi masa awal nak ajar mereka. Means dari bayi lagi la. Keluar jek wajib pakai. Jangan onn off pulak.

3. Ajar pakai tudung bukan ummi dan abi yg suruh pakai, tapi Allah yang suruh pakai.

4. Rasa tak perlu lagi ajar dengan siapa kena tutup aurat. Pening pulak dorang nanti. Yang penting keluar rumah kena sarung tudung. Mcm anak saya, kalau dalam kereta dah tanggal tudung sebab tidur … Tapi bila turun kereta mereka akan cari tudung utk pakai… Nanti dh besar boleh dah ajar. Dengan sepupu kena tutup aurat dll.

5. Beli la tudung cecomel untuk dorang suka pakai. Dulu-dulu sangat susah nak cari tudung kanak-kanak tau. Lagi zaman Nabeelah kecik, rasa masa tu banyak tudung-tudung dari Indonesia jek. Sekarang dah mudah dah… Tudungsicomel.com, Fathiyah`s Dreams pun ada banyak…

Ajarilah anak-anak anda dari dorang kecil. Dari umur mereka tak pandai argue lagi kenapa kena pakai tudung. Bila dah tahap dorang banyak persoalkan macam-macam, masa tu dah mencabar untuk dorang konsisten pakai.

Serius cakap bila sesuatu perkara sudah sebati dengan mereka. Kita tak perlu nak suruh dan paksa-paksa dah.

Pn Haridah @ MamaAlya.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

five − two =

Risk Free Shipping

If your orders lost during shipment, we will do the replacement or refund

Easy 180 days returns

180 days money back guarantee

100% Secure Checkout

Toyyibpay / MasterCard / Visa