Pernah tak terfikir… sekolah mana paling terbaik untuk masa depan anak?
“Kalau anak aku masuk sekolah ni… boleh ke dia score SPM nanti?”
Itu antara soalan yang selalu bermain di fikiran ramai ibu.
Lagi-lagi bila anak dah nak masuk sekolah menengah atau nak target SBP/MRSM.
Kita bukan sekadar nak anak belajar…
Kita nak dia berada dalam persekitaran yang push dia jadi versi terbaik diri dia ✨
Jadi, artikel ni khas untuk bantu ibu-ibu buat keputusan lebih yakin.
Apa Maksud Ranking Sekolah SPM?
Ranking sekolah biasanya diukur melalui Gred Purata Sekolah (GPS).
👉 Lagi rendah nilai GPS → lagi cemerlang prestasi sekolah tersebut
Contoh:
- GPS 0.9 = sangat cemerlang 🔥
- GPS 1.5 = masih bagus, tapi kurang kompetitif
Ranking ini biasanya berdasarkan keputusan SPM tahun sebelumnya (SPM 2024 → ranking 2025).
Top 3 Sekolah Terbaik SPM 2025 (Berdasarkan GPS Terkini)
🥇 1. Akademi Sains Pendang (ASP)

GPS: ~ 0.91
Sekolah ini muncul sebagai antara yang terbaik di Malaysia dengan pencapaian luar biasa.
✔️ Fokus kuat dalam akademik & STEM
✔️ Budaya belajar sangat kompetitif
✔️ Pelajar konsisten skor A
📌 ASP mencatat GPS paling rendah, menjadikannya antara sekolah terbaik keseluruhan
🥈 2. Sekolah Tun Fatimah (STF)

GPS: ~ 1.38
Sekolah perempuan elite yang sangat konsisten prestasinya.
✔️ Fokus pembangunan pelajar perempuan
✔️ Persekitaran kondusif & supportive
✔️ Rekod cemerlang bertahun-tahun
📌 STF kekal dalam kelompok top 3 sekolah terbaik SPM
🥉 3. Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (SESMA)

GPS: ~ 1.47
Sekolah berasrama penuh di Terengganu yang semakin menyerlah dalam ranking SPM.
✔️ Fokus kuat dalam akademik & sains
✔️ Persekitaran berdisiplin tinggi
✔️ Pelajar konsisten capai keputusan cemerlang
📌 SESMA kini berada dalam kelompok top sekolah SBP dengan prestasi yang semakin meningkat setiap tahun.
Kenapa Sekolah Ini Sentiasa Top?
Kalau kita perhatikan…
Bukan semata-mata sebab “budak pandai” saja.
Tapi sebenarnya bermula dari asas yang lebih awal. Bagaimana anak dibentuk sejak kecil, termasuk pemilihan sekolah rendah yang sesuai seperti yang pernah dikongsikan dalam artikel Top 5 Sekolah Rendah Terbaik di Malaysia (2026). Kerana persekitaran awal inilah yang banyak mempengaruhi cara anak belajar, bergaul dan membina disiplin sebelum melangkah ke sekolah berprestasi tinggi.
Dan bila masuk sekolah top, faktor ini pula yang terus menguatkan mereka 👇
✅ 1. Persekitaran yang positif
Anak akan rasa “semua orang nak berjaya”.
✅ 2. Guru berpengalaman
Guru di sekolah top biasanya sangat fokus bantu pelajar score.
✅ 3. Sistem sokongan kuat
Ada study group, prep, mentor-mentee.
✅ 4. Disiplin & rutin
Anak jadi lebih teratur tanpa dipaksa.
Soalan Lazim (FAQ)
Ranking sekolah SPM ini rasmi ke?
Kebanyakan ranking berdasarkan data GPS dan perkongsian tidak rasmi. Namun ia masih jadi rujukan penting ibu bapa.
Apa beza SBP dan MRSM?
SBP di bawah KPM, MRSM di bawah MARA. Kedua-duanya fokus akademik tinggi.
Perlu ke hantar anak ke sekolah top?
Tak wajib. Yang penting kesesuaian anak dan sokongan ibu bapa.


