TSC Sport Club: Mengukuhkan Silaturahim Melalui Aktiviti Sukan

Aktiviti Badminton TSC Sport Club TudungSiComel September

Di TudungSiComel, kami percaya bahawa kesihatan dan hubungan baik sesama rakan sekerja sama pentingnya dengan komitmen dalam pekerjaan.

Sebab itulah TSC Sport Club diwujudkan sebagai inisiatif untuk menggalakkan team HQ menjalani gaya hidup lebih sihat sambil meluangkan masa bersama di luar suasana kerja.

Buat masa ini, badminton menjadi aktiviti utama kami, dengan sesi sukan diadakan dua kali sebulan, biasanya pada malam Jumaat. Gambar yang dikongsikan kali ini merakamkan aktiviti badminton TSC Sport Club sepanjang bulan September. Setakat ini, kami dah mengadakan empat sesi badminton dan sambutannya cukup menggalakkan!


Selain dapat mengeluarkan peluh selepas seharian bekerja, aktiviti ini juga menjadi peluang untuk staf HQ beramah mesra, bergelak ketawa dan mengeratkan silaturahim.

Bukan badminton sahaja, TSC Sport Club juga merancang untuk mencuba aktiviti sukan lain pada masa akan datang, antaranya bowling. Mana tahu, satu hari nanti kita dapat anjurkan kejohanan sukan antara staf pula!

Semoga TSC Sport Club terus berkembang dan menjadi salah satu cara untuk warga TudungSiComel kekal aktif, sihat dan lebih rapat sebagai satu pasukan.

Sebab bagi kami, pasukan yang hebat bukan sekadar bekerja bersama, tetapi juga membina hubungan yang baik dan berkembang bersama-sama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

100% Risiko Ditanggung

Bungkusan anda hilang semasa penghantaran? Kita akan pos baru.

Jaminan 180 Hari

Jika anda tidak berpuashati atau ada sebarang masalah, boleh tukar atau refund.

Penghantaran 7 Hari Seminggu

Kita proses semua tempahan dan penghantaran setiap hari.