Tudung Budak

Kisah ‘tudung budak’ berbunyi begini…

Saya dulu berkhidmat dengan Tentera Udara Diraja Malaysia(TUDM) dari tahun 2001 hingga 2013.

Pada tahun 2013 saya mengambil keputusan untuk bersara awal kerana beminat dalam bidang perniagaan. Namun bukan lah bermakna TUDM tak best hehe. Cuma jiwa saya lebih kepada berniaga. TUDM banyak mengajar saya erti kehidupan.

Hensem tak? hehe

Jadi pada tahun 2013 dengan rasminya saya bersara dari tentera dan mula menjalankan perniagaan yang memfokuskan kepada penghasilan tudung budak, TudungSiComel.

Kenapa saya pilih untuk menjual tudung budak?

Tahun 2012 dahulu, jika siapa pernah ingat, budaya bertudung seawal usia nie masih belum menjadi satu budaya yang diterima ramai di kalangan rakyat Malaysia. Ya lah kan, budak-budak lagi, tak wajib lagi bertudung.

Tapi pada saya, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Jika kita mendidik mereka bertudung seawal usia, in shaa Allah mereka akan terus bertudung hingga akhir hayat mereka.

Saya mendapat ilham untuk menghasilkan tudung budak yang ringkas dan selesa dengan harapan dapat membantu memudahkan ibu-ibu di Malaysia mendidik anak-anak mereka bertudung seawal usia.

Selain dari dapat jana pendapatan di dunia, mudah-mudahan juga dapat lah tambah-tambah bekalan ke akhirat dengan menjadi salah satu asbab anak-anak mula bertudung.

Apalah yang lebih kita kejar di dunia ini selain dari mengumpul bekalan ke alam sana kelak. Sama-sama kita jadikan urusan kerja dan niaga kita sebagai ibadah, in shaa Allah.

Fokus TudungSiComel

Antara yang kita fokus di TudungSiComel adalah untuk cuba menghasilkan tudung budak yang selesa dipakai.

Tudung adalah pakaian kepala dan sekiranya ia tidak selesa, pasti mereka akan mendapat bad experience bertudung.

Kita cuba fokus jahit dua jenis awning tudung, iaitu awning lembut bagi yang suka pakai mengikut bentuk muka dan awning scuba yang lebih terbentuk.

Pastinya kedua jenis awning ini mudah dibasuh menggunakan mesin dan tidak mudah rosak. Campak kan sahaja ke dalam mesin. Siap, sidai dan pakai hehe.

Untuk tudung sekolah, kita menggunakan material Lycra Korea Lembut (LKL). Kita pilih LKL kerana ianya lembut dan menyerap peluh, selesa dipakai seharian di sekolah, In shaa Allah.

Potongan Khas (cutting) tudung-tudung kita yang telah menjalani sesi ujikaji dan feedback selama lebih dari 7-8 tahun dan mampu membuatkan Si Comel selesa memakainya, in shaa Allah.

Testimoni

Alhamdulillah, kita ada terima hampir 3000 Testimoni Positif berkaitan tudung budak dari rakan-rakan yang pernah membeli tudung kita sebelum ini.

tudung budak


Kita juga lebih fokus menghasilkan tudung budak yang mudah dipakai. Tudung jenis sarung dan simple dan minimalist agar Si Comel tidak rimas menggayakannya. Sarungkan sahaja.

Jaminan 180 Hari

Bagi memastikan rezeki yang kita terima halal dan berkat, kita juga ada polisi jaminan 180 hari. Kita berharap agar rezeki yang kita terima adalah dari hasil senyuman pelanggan dan si comel yang memakainya.

Jika tidak selesa, kita refund in shaa Allah. Yang penting Si Comel selesa dan gembira bertudung.

Bagitulah sedikit sebanyak kisah kenapa kita hasilkan dan fokus menjual tudung budak selama ini.

Dropship / Affiliate

Namun jika ada yang nak join kita sama-sama berniaga secara dropship atau affiliate, boleh KLIK SINI.

Terima kasih sudi membaca coretan ringkas berkaitan kenapa kita hasilkan tudung budak ini ^_^

Syahruddin
TudungSiComel
6 Nov 2021

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

16 − 4 =

Risk Free Shipping

If your orders lost during shipment, we will do the replacement or refund

Easy 180 days returns

180 days money back guarantee

100% Secure Checkout

Toyyibpay / MasterCard / Visa