Kenapa kita hasilkan tudung kanak-kanak yang MUDAH, LEMBUT & SELESA?
Mungkin anda tertanya. Sebenarnya, kita bercita-cita ingin melihat budaya bertudung seawal usia ini tercapai suatu hari nanti. Kita ingin sangat melihat kanak-kanak gemar bertudung kerana kita percaya, melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Jadi, untuk bertudung, kanak-kanak perlukan tudung yang Mudah dipakai, Lembut dan Selesa.
Berbeza pula dengan kita dewasa, kanak-kanak tidak gemar sesuatu yang merimaskan mereka. Jadi tudung fesyen ala-ala dewasa yang rumit sangatlah tidak sesuai terutamanya kepada mereka yang baru belajar bertudung.
Disebabkan itulah juga, kita wujudkan TudungSiComel dengan hasrat memudahkan rakan-rakan untuk mendapatkan tudung kanak-kanak berkualiti yang memenuhi ciri-ciri Mudah, Lembut & Selesa.
Apakah langkah-langkah yang telah kita laksanakan?
Apa yang telah kita laksanakan adalah setiap tudung yang kita hasilkan di TudungSiComel atau yang kita pasarkan (tudung dari Rakan Niaga lain), kita akan pastikan corak tudung kanak-kanak yang ringkas dan MUDAH. Kami pastikan ianya diperbuat dari materiel yang LEMBUT dan dengan potongan yang mampu membuat mereka merasa SELESA.
Potongan Istimewa
Potongan kita adalah potongan tudung kanak-kanak istimewa. Potongan yang telah dibuat ujian beberapa kali keatas kanak-kanak bagi memastikan keSELESAan mereka. Dan kita sentiasa menerima maklumbalas dari ibu-ibu yang pernah mendapatkan tudung dari kita sebelum ini.
Kita hanya inginkan yang terbaik buat Si Comel. Ini kerana, Si Comel puan adalah Si Comel kami juga (^_^).