Tudung Sekolah Awning Scuba -Bagaimana Teknik Jahitan Scuba Istimewa Kita Mampu Mencomelkan Lagi Si Comel puan?
Tahukah puan bahawa teknik jahitan scuba kita berbeza dari awning scuba yang biasa ada di pasaran? JAHITAN kita menggunakan TEKNIK ISTIMEWA yang belum diketahui umum – RAHSIA 😀
Ini kerana kita hanya jahit material scuba pada lapisan bawah awning sahaja dan di bahagian atas masih lapisan material yang sama dengan badan tudungnya.
Tudung Sekolah Awning Scuba
Biasanya pembekal tudung menjahit terus material scuba sebagai awning dan ini pada kita agak kurang cantik, walaupun warna hampir sama, tapi tetap nampak kurang ‘matching’ kerana material berbeza.
Jadi dengan teknik ini, scuba kita tidak kelihatan dan ini membuatkan tudung kita seperti tudung awning lembut biasa, namun awningnya boleh dibentuk elok seolah-olah memakai awning keras.
Tiada lagi awning kelebet-kelebet dan patah-patah membuatkan Si Comel puan akan kelihatan lebih istimewa dimata rakan-rakan mereka ❤️
Kita hanya ingin melihat Si Comel puan kelihatan Istimewa dan semoga mereka terus gemar bertudung. Si Comel puan adalah Si Comel kami juga, kami hanya ingin yang terbaik buat mereka.
Selain tudung sekolah awning scuba, kita juga ada tudung sekolah awning lembut istimewa. Kedua-duanya kita hasilkan dari material Lycra Korea dengan Jaminan 180 hari. Jika tidak selesa boleh dipulangkan semula. Yang penting Si Comel puan SELESA dan GEMBIRA bertudung ^_^