Tudung Sekolah Dua Lapis Jahitan Istimewa

Sebelum TudungSiComel menghasilkan tudung sekolah dua lapis, kita bermula dengan menjahit tudung sekolah awning lembut seawal tahun 2013. Hampir 10 tahun yang lalu.

Alhamdulillah, dengan permintaan dan feedback yang baik dari ibu-ibu, kita juga telah hasilkan tudung sekolah awning scuba di mana ianya menjadi antara produk utama kita.

Namun apabila ramai pengemar setia TudungSiComel sudah meningkat remaja dan memasuki sekolah menengah, kini mereka request pula untuk kita hasilkan tudung sekolah dua lapis.

Untuk tidak menghampakan, kini Tudung Sekolah Dua Lapis TudungSiComel berada di pasaran dan mudah-mudahan dapat terus memberi keselesaan kepada anak-anak kita ke sekolah.

Tudung ini kita hasilkan dari material heavy koshibo, tidak terlalu nipis dan juga tidak terlalu tebal, In shaa Allah mudah terbentuk di muka(ini paling penting hehe).

CARA JAHIT TUDUNG SEKOLAH DUA LAPIS

Keistimewaan tudung yang kita hasilkan adalah cara jahit tudung sekolah dua lapis kita agak berbeza dari tudung biasa di pasaran.

Kita menjahit menggunakan teknik jahitan tepi baby seam, lebih kemas berbanding jahitan tepi jenis krinting biasa.

Teknik jahitan baby seam ini kurang digunakan kerana proses menjahitnya agak sukar dan leceh berbanding jahit tepi biasa.

Namun kita di TudungSiComel tetap memilih teknik jahitan ini kerana inginkan yang terbaik buat anak-anak kita. Pastinya mereka akan kelihatan lebih kemas ke sekolah.

Tudung Sekolah Dua Lapis : Cara jahit tudung sekolah dua lapis tudungsicomel - baby seam

In shaa Allah, kita akan sentiasa perbaiki produk kita dari masa ke semasa berdasarkan feedback yang diterima.

Keselesaan anak-anak puan adalah keutamaan kita kerana anak-anak puan, adalah seperti anak-anak kami juga. Kita akan berusaha memastikan yang terbaik buat mereka.

WARNA TUDUNG SEKOLAH DUA LAPIS

Buat masa sekarang, kita ada 6 warna utama dan in shaa Allah kita akan tambah koleksi warna tudung sekolah dua lapis dari masa ke semasa.

Tudung Sekolah Dua Lapis : 6 warna utama tudungsicomel

Antara koleksi warna yang ada adalah tudung sekolah dua lapis putih, hitam, biru pengawas, kuning, biru gelap dan hijau lumut.

CARTA SAIZ DAN CADANGAN UMUR

Tudung Sekolah Dua Lapis : Carta saiz dan cadangan umur TudungSiComel

Untuk tudung jenis dua lapis, ukurannya dipotong mengikut bidang kain, saiz paling kecil iaitu bidang 35′ yang sesuai untuk pelajar berusia 5-9 tahun dan yang paling besar saiz XL bidang 55′ yang sesuai untuk remaja menengah mahupun dewasa.

JAMINAN 180 HARI

Tudung Sekolah Dua Lapis : Jaminan 180 hari tudungsicomel

Setiap tudung sekolah yang kita jahit, kita berikan jaminan selama 180 hari. Jika ada sebarang masalah, atau rasa tidak selesa, boleh kita tukar baru atau kita refund.

Yang penting Si Comel yang memakainya selesa dan gembira. Ia juga penting agar rezeki yang kami terima mudah-mudahan halal dan berkat. Aamiin

TEMPAHAN

Untuk membuat tempahan dan melihat koleksi lanjut, boleh klik pada butang di bawah.

Terima kasih 😊

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Risk Free Shipping

If your order lost during shipment, we will do the replacement or refund

180 Days Guarantee

If you don`t satisfied with your order, just let us know. We can exchange or refund.

100% Secure Checkout

Seamless Payment with Toyyibpay / MasterCard / Visa