TudungSiComel Sertai Taklimat e-Invois HASiL

Taklimat e-Invois LHDN

Pada 27 Ogos 2026 (Khamis), TudungSiComel telah menyertai Taklimat e-Invois yang berlangsung di Dewan Sri Intan, Menara HASiL Petaling Jaya, Selangor.

Empat wakil TudungSiComel yang hadir ialah Marina, Izz, Izzati dan Balqis.

Penyertaan ini bertujuan untuk membantu pasukan mendapatkan pemahaman yang lebih jelas tentang pelaksanaan e-Invois, khususnya dari segi keperluan pematuhan, penggunaan sistem serta persediaan operasi dalaman.


Dalam taklimat tersebut, Sesi 1: Pelaksanaan e-Invois di Malaysia disampaikan oleh Puan Manupriya Nair A/P Balan, Penolong Pengarah, Seksyen Khidmat Pelanggan, HASiL Selangor. Sementara itu, Sesi 2: Demonstrasi Penggunaan Portal MyInvois & Pengenalan MyInvois e-POS pula disampaikan oleh Puan Norhayati binti Moktar, Penolong Pengarah, Seksyen Khidmat Pelanggan, HASiL Selangor.

TudungSiComel LHDN

Antara perkara yang diberi perhatian ialah memahami keperluan perundangan e-Invois, aliran penggunaan Portal MyInvois dan MyInvois e-POS, serta mendapatkan penjelasan berkaitan isu operasi seperti penggunaan nombor TIN umum bagi e-Invois disatukan untuk pelanggan runcit.

Maklumat yang diperoleh juga akan membantu TudungSiComel memperkemaskan polisi, SOP dan proses dokumentasi dalaman, di samping memastikan pasukan lebih bersedia menghadapi perubahan sistem e-Invois.

Bagi kami di TudungSiComel, menghadiri taklimat seperti ini adalah sebahagian daripada usaha untuk terus belajar, menambah ilmu dan memastikan urusan pentadbiran perniagaan dapat dilaksanakan dengan lebih teratur.

Terima kasih kepada pihak HASiL Selangor atas perkongsian dan penerangan yang diberikan. Semoga ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh pasukan TudungSiComel.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

100% Risiko Ditanggung

Bungkusan anda hilang semasa penghantaran? Kita akan pos baru.

Jaminan 180 Hari

Jika anda tidak berpuashati atau ada sebarang masalah, boleh tukar atau refund.

Penghantaran 7 Hari Seminggu

Kita proses semua tempahan dan penghantaran setiap hari.