5 Fasa Untuk Mula Buat Live

Jika anda nak mula buat live samaada di Shopee, Lazada ataupun Tiktok, follow sahaja workframe ini ya ๐Ÿ˜ƒ

Sebagai permulaan, jangan terlalu mengharap untuk terus dapat sale. Nanti anda akan cepat putus asa.

Ianya ibarat kita menanam biji benih, tidak boleh terus untuk kaut hasilnya.

Ianya pasti mengambil sedikit masa untuk membuahkan hasil. Pada permulaan, ianya adalah untuk sessi ‘pemanasan badan’ dan akaun shop anda sahaja.

pexels anna nekrashevich 8993867

1. Fasa 1 (3 hari) – 15 Minit

Buat live selama 15 minit sahaja. Jangan lebih.

Objektif: Untuk berkenalan dengan fungsi-fungsi dan butang semasa setting live. Termasuk cara nak setting coins dan background.

Boleh cuba buat live secara asas dengan menerangkan kelebihan produk satu persatu.

โš ๏ธ Fasa 1 ini bukan untuk menjual. Tapi untuk membiasakan diri sahaja.

2. Fasa 2 (7 hari) – 30 minit

Fasa seterusnya, buat live selama 30 minit sahaja. Jangan lebih.

Objektif: Untuk latih diri mengenal produk dan menerangkan kelebihan produk secara teratur dan jelas kepada viewers.

Latih diri untuk sebut setiap perkataan dengan jelas, satu persatu dan teratur. Jangan sembang perkara tak berkaitan lama sangat dan jangan kelamkabut. Tarik nafas dan hembus… ๐Ÿ˜…

โš ๏ธ Fasa 2 juga masih bukan untuk menjual. Lebih kepada nak membiasakan diri sahaja tentang produk knowledge.

3. Fasa 3 (7 hari) – 1 Jam

Fasa ini, anda naikan kepada 1 jam.

Objektif: Latih diri untuk cuba bercakap dengan tenang dan mengulang kelebihan produk satu persatu selama 1 jam.

Cuba bertahan selama 1 jam. Jika penat, boleh terus berhenti, jangan paksa diri. Ulang pada hari berikutnya.

Buat sehingga 1 jam tue terasa pendek jer masanya ๐Ÿ˜…

โš ๏ธ Ingat, fasa ini masih bukan untuk menjual. Jangan aim untuk menjual lagi pada fasa 1 hingga 3. Nanti diri akan kecewa.

Jika dapat sale, ianya satu bonus sahaja. Fokus kepada objektif asal ๐Ÿ˜ƒ๐Ÿ˜Š

4. Fasa 4 (7 hari) – 1 Jam

Masih buat live selama 1 jam. Fasa ini cuba perkemaskan diri untuk closing sale. Belajar cara-cara nak closing sale.

Live bukan sekadar untuk terangkan tentang kelebihan produk sahaja, tapi kena ditambah dengan kaedah closing sale yang bagus.

Objektif: Cuba trainning untuk “meracun” dulu. Belajar teknik meracun dan buat praktikal.

5. Fasa 5 – 2 Jam

Live selama 2 jam, cuba bertahan bercakap selama 2 jam “terangkan produk + meracun”.

Teruskan sehingga anda berjaya closing sale. In shaa Allah lama-lama anda akan rasa masa 2 jam nie sangat singkat hehe.

Penutup

Ingat!, 3 fasa pertama bukan untuk menjual. Jika anda nak terus menjual, dikuatiri nanti anda akan stress dan cepat putus asa jika tiada jualan. Percayalah.

Jangan gelojoh ๐Ÿ˜…

Ikut jer step satu persatu. Fokus pada objektif.

Mulakan 3 fasa pertama sebagai sessi persiapan dan pemanasan akaun shop anda.

Apabila Shopee / Lazada / Tiktok nampak anda dah mula buat live, moga-moga mereka akan bantu anda dengan berikan lebih banyak views secara organik kepada akaun shop anda.

Ingat!โ€ฆ jangan gelojohโ€ฆ siapa gelojoh akan cepat putus asa ๐Ÿ˜…

Semoga berjaya ๐Ÿ˜ƒ๐Ÿ’ช๐Ÿ’ฐ๐Ÿš€

Photo by Anna Nekrashevich: https://www.pexels.com/photo/woman-recording-herself-in-front-of-a-ring-light-8993867/

KOMISEN AFFILIATE TUDUNGSICOMEL

Leave a Comment