PENGENALAN
Komuniti Surirumah Berniaga Dari Rumah (KSBDR) ditubuhkan untuk menjadi tempat surirumah terutamanya yang berniaga dari rumah secara online berbincang dan berkongsi berkaitan teknik jana pendapatan dari rumah, kaedah-kaedah marketing semasa dan berkongsi cerita sesama kita.
Marilah sama-sama kita jadikan group ini sebagai sebuah group ukhwah sesama kita surirumah yang berusaha untuk menjadi surirumah yang hebat bekerjaya atau lebih dikenali sebagai Work From Home Mom (WFHM).
Kadang-kadang kita tak boleh berseorangan. Takut nanti cepat kecewa dan putus asa. Kita perlukan kawan-kawan yang memiliki impian yang sama untuk sama-sama berjaya.
Bersatu kita teguh. Apabila kita ada satu komuniti yang besar dan aktif, in shaa Allah lebih mudah untuk berkolaborasi dengan pelbagai pihak.
BANTUAN AGENSI KERAJAAN
Jika diizinkan Allah, sama-sama kita jadikan komuniti ini sebagai sebuah komuniti yang kuat dan kita akan cuba dapatkan sokongan dari pihak kerajaan untuk membantu ahli komuniti samaada MARA, MDec, PUNB. USAHANITA, HIJRAH, TEKUN, Amanah Ikhtiar dan sebagainya.
Kita akan cuba dapatkan sokongan dan bantuan samaada dalam bentuk dana pembiayaan mahupun program latihan untuk membantu kita berniaga dan jana pendapatan dari rumah.
KOOPERASI
Impian kita juga adalah untuk wujudkan Koperasi Surirumah Berniaga Dari Rumah dan selain ahli-ahli kooperasi boleh menerima dividen keuntungan tahunan kooperasi, kita juga boleh jalinkan lebih banyak kerjasama dengan agensi-agensi yang dapat memberi manfaat untuk ahli-ahli koperasi kelak.
Melalui Kooperasi, kita boleh wujudkan program Pelaburan Micro dimana ahli layak untuk mendapatkan dividen keuntungan tahunan.
Apakah kelebihan Kooperasi? Antaranya adalah:
- Anggota memiliki koperasi melalui modal syer dan yuran yang disumbangkan di samping menjadi pengguna perkhidmatan dan barangan yang ditawarkan oleh koperasi. Dengan ini anggota berhad menentukan jenis barangan dan perkhidmatan yang diperlukan.
- Koperasi menawarkan barangan berkualiti pada harga yang berpatutan kepada anggota- anggotanya. Di samping itu, koperasi juga menyediakan kemudahan tabungan yang terjamin dan kemudahan pinjaman pada kadar faedah yang berpatutan.
- Anggota-anggota menikmati pulangan atas langganan, modal yang disumbangkan dan penyertaan aktif di dalam pengurusan dan aktiviti koperasi. Sebahagian daripada keuntungan koperasi diperuntukkan kepada tabung kebajikan anggota bagi membiayai aktiviti-aktiviti kebajikan seperti tabung pendidikan anak-anak anggota, khairat kematian dan sumbangan kepada aktiviti- aktiviti kemasyarakatan.
Maklumat lanjut berkaitan Kooperasi, boleh kita dapatkan di Suruhanjaya Kooperasi Malaysia.
In shaa Allah, kita akan bincang dari masa ke semasa.
SILIBUS PEMBELAJARAN TERSUSUN
Selain itu, kita bercadang untuk menghasilkan Online Business Trainning Center (EDU) dengan silibus pembelajaran berkaitan selok belok berniaga dari rumah dan online marketing yang lebih tersusun dari basic, intermidiate dan advance.
Kita akan cuba dapatkan sokongan dari pelbagai pihak untuk membantu kita menghasilkan silibus yang baik untuk kita sama-sama manfaatkan kelak.
GROUP UKhuWAH
Sama-sama kita jadikan group ini untuk kita saling berkongsi cerita kisah suka dan duka dalam berniaga. Namun tidak dibenarkan untuk mengumpat dan menyebarkan berita fitnah. Hanya yang baik-baik sahaja ya.
BAGI MENJAGA KEHARMONIAN GROUP
❌ Tidak dibenarkan untuk beriklan
❌ Tidak dibenarkan mengumpat
❌ Membawa negative vibes (akan terus diremove dari group).
Jom sama-sama kita berjaya, dunia akhirat in shaa Allah.
Bersatu kita teguh!
BONUS PENYERTAAN
Setiap penyertaan akan layak menerima e-Book 3 Kaedah Berniaga Dari Rumah secara percuma. Setelah anda sertai group Komuniti, anda boleh dapatkan link eBook di ruangan Group Discription.
SERTAI KOMUNITI SURIRUMAH BERNIAGA DARI RUMAH (KSBDR)
Ada beberapa cara anda boleh sertai group whatsapp komuniti.
1. Klik pada butang di bawah.
2. Jika tidak berjaya. Copy link di bawah dan paste ke whatsapp anda dan dari sana anda klik link tersebut.
https://chat.whatsapp.com/GavUR7ea5ioK47Py7MnlW5
3. Anda juga boleh scan QR code ini.
Jumpa anda di sana 😊