Supaya pelanggan anda terus repeat order dengan anda, HQ cuba membantu dengan menyediakan ‘Program Kumpul Setem & Menang’.
Pelanggan anda akan terima setem bagi setiap belian yang dibuat dan ianya boleh ditebus dengan hadiah. Best kan? hehe
Setelah setem yang dikumpul mencukupi, pelanggan akan klaim hadiah dari anda dan anda pula akan klaim dari HQ.
Contohnya jika pelanggan layak menerima hadiah sehelai inner, HQ akan berikan anda kupon sehelai inner untuk dimasukan ke dalam tempahan pelanggan yang layak tersebut.
HQ yang akan cover kos hadiah.
Jenis hadiah akan diumumkan dari masa ke semasa.
Buat permulaan untuk setiap 2 setem dengan belian RM10 ke atas, layak 1 helai inner percuma. Sah sehingga 31 Dis 2022.
Kita test dulu, kalau program nie dirasakan bagus untuk diteruskan, lepas tue kita buat promo lain pulak in shaa Allah.
CARA NAK CLAIM SeTEM
1. Selepas pelanggan buat belian, anda boleh kongsikan link nie untuk mereka tebus kupon.
https://ripit.app/scan/tudungsicomel
2. Mereka kena masukan no telefon dan ID Tempahan mereka sebagai rujukan. Anda perlu berikan juga ID Tempahan kepada pelanggan sebagai rujukan mereka. Ini penting supaya HQ dapat rujuk dan approve kan permohonan setem mereka.
3. Lepas tue, mereka perlu tunggu dalam masa 24jam – 48jam sebelum setem mereka disemak dan diapprovekan dan muncul dalam dashboard mereka. Ini contoh dashboard mereka:
4. Setelah cukup setem terkumpul, mereka perlu hubungi anda semula untuk menebusnya pada tempahan yang seterusnya.
5. Mereka hanya perlu berikan no telefon mereka untuk HQ semak dan approve kan hadiah mereka.
6. Kemudian admin akan berikan kupon khas kepada anda dan anda boleh buat tempahan hadiah contohnya sehelai inner ikut warna yang pelanggan inginkan bersama dengan tempahan yang ke tiga tersebut.
7. Sebagai contoh, jika mereka perlu kumpul 2 setem untuk tebus hadiah, jadi hadiah akan dibuat penghantaran bersama tempahan yang ketiga mereka.
CONTOH AYAT WHATSAPP
Berikut saya kongsikan contoh ayat wasap yang anda boleh berikan pada pelanggan anda setelah mereka buat tempahan:
Terima kasih atas tempahan puan dan sebagai tanda terima kasih, puan layak untuk menebus satu setem untuk setiap tempahan puan.
1. Puan boleh klik pada link ini untuk menebusnya:
https://ripit.app/scan/tudungsicomel
Pada bahagian Bukti Pembelian, puan masukan ID Tempahan puan ya untuk rujukan HQ.
Dan setelah itu, pihak HQ akan approve kan permohonan setem puan dalam masa 24jam sebelum setem akan muncul di dashboad puan.
2. Untuk semakan jumlah setem terkumpul, puan boleh login ke dashboard setem puan dengan klik pada link di bawah:
https://ripit.app/
Sekiranya puan sudah cukup bilangan setem untuk ditebus dengan hadiah, puan boleh hubungi saya semula untuk saya bantu puan klaim hadiah ya.
Terima kasih
Kongsi juga gambar panduan di atas supaya pelanggan lebih mudah faham terutama pada bahagian Bukti Pembelian tue nak isikan butiran apa.
Mudah sahaja 😊
Semoga program ini dapat membantu anda untuk mendapatkan lebih banyak pelanggan setia.
Selamat meroket hehe…