Ramai yang gusar kerana sukar untuk close sale di whatsapp.
Walaupun banyak prospek yang whatsapp, namun tak berjaya nak close seramai mungkin menjadi pelanggan.
Di manakah salahnya?
Alhamdulillah… akhirnya…
Ayat-ayat Pendek
Apa yang saya perasan, ramai yang terus share semua info apabila pelanggan baru sahaja start conversation 😅
Tak ramai yang suka membaca info panjang-panjang, susun ayat seringkas mungkin dan tanya soalan atau beri info satu persatu dengan ringkas dan jelas.
Jangan terus berikan semua info serentak, nanti pelanggan confius.
Akhiri Ayat Dengan Soalan
Tanya soalan satu persatu dan jangan biarkan conversation tergantung.
Pastikan akhiri setiap coversation dengan pertanyaan.
Contohnya:
“Ini carta cadangan saiz kita puan. Untuk anak puan yang berusia 7 tahun dan berbadan kecil, saya cadangkan saiz SS. Boleh saya tahu puan nak cuba berapa helai?“
Penggunaan Emogi
Jangan ambil ringan penggunan emogi. Emogi dapat membantu untuk menukarkan mood pelanggan. Selitkan senyuman dan emogi yang sesuai dalam setiap coversation. Namun pastikan berpada-pada, jangan terlalu over pulak 😅
Ada dua jenis pelanggan
1. Pelanggan yang tak suka bersembang. Mereka lebih selesa membeli terus di website.
2. Pelanggan yang manja. Mereka ini lebih suka dibelai dan bertanya. Mereka lebih yakin membeli dari manusia(human touch).
Jadi, mereka yang whatsapp kita adalah tergolong dalam golongan kedua… mereka perlukan perhatian kita.
Mereka nak kita layan mereka.
Kadang-kadang, kita dah tulis dah info dan harga pada ayat iklan sebelum mereka hubungi kita, namun tetapi mereka tetap bertanya… perasan tak? 😅
Apabila mereka whatsapp, jangan terus kongsikan semua info serentak. Layan satu persatu.
Langkah-langkah melayan pelanggan di whatsapp
1. Ucap terima kasih, tanya umur anak beliau.
2. Kongsi gambar carta saiz dan cadangkan saiz yang sesuai.
3. Kongsi katalog warna dan tanya warna yang beliau perlukan.
4. Tanya kuantiti dan keluarkan sebutharga.
5. Minta alamat untuk penghantaran.
6. Cadangkan Inner Rainbow(upsale). “Puan, kita juga ada inner rainbow yang sesuai dipakai dengan tudung kita… jika puan nak cuba sehelai dua, saya boleh berikan harga kombo istimewa pada puan”
7. Jika beliau bersetuju nak tambah inner, update sebutharga baru.
8. Share maklumat akaun bank untuk beliau buat bayaran. Digalakkan subscribe payment gateway seperti Toyyipay agar mudah pelanggan buat bayaran.
9. Ucap terima kasih dan maklumkan nanti anda akan kongsikan tracking number.
Label Chat dan Follow-Up
Jangan lupa untuk set kan Label Chat seperti berikut.
- On Progress
- 1st Followup
- 2nd Followup
- Pending Payment
- Shipped
Label Chat ini boleh disetting pada Whatsapp Business anda.
Ini bagi memudahkan anda untuk followup mereka. Pilih waktu sesuai contohnya selepas jam 8.30 malam sebelum tido, waktu rehat mereka melayan whatsapp.
Ingat, jika mereka hanya bluetick, bukan bermakna mereka tak nak membeli. Mungkin mereka tengah sibuk dan terlupa.
Sebagai peniaga, kita jangan cepat terus putus asa.
Whatsapp Voice Note
Ada rakan kita yang mencadangkan untuk gunakan voice note whatsapp. Katanya lebih berkesan.
Saya pun yakin begitu sebab penggunaan voice note dapat membuatkan prospek bertambah yakin dan rasa lebih dekat.
Kita tulis panjang-panjang, prospek bukan baca sangat hehe… kalau voice dia dengar sampai habis.
Selamat meroket 😊