Office Terbesar Di Dunia

Ini office salah seorang Top Seller Dropship TudungSiComel kita, puan Siti dari Ranau Sabah.

office terbesar di dunia
office terbesar di dunia 2

Beliau terpaksa pergi ke kebun atas bukit setiap hari untuk uruskan tempahan tudung sekolah TudungSiComel sebab line internet selow 🐌…

Dan saya ulang, beliau antara Top Seller kita…

Apa yang saya nampak, beliau sangat RAJIN BELAJAR ilmu online marketing dan beliau tak mudah putus asa… degil! 😆

Beliau jenis yang rajin berusaha dengan ilmu… ada juga yang rajin berusaha berniaga tapi ‘kurang rajin’ belajar pula 😅

Kalau beliau boleh berjaya, tak kan lah kita yang mudah dapat capaian internet nie tak boleh pulak kan… usaha dengan ilmu, in shaa Allah.

Google di hujung jari jer, taip taip taip dah boleh dapat ilmu online marketing, percuma pulak tue… antara nak dan tak nak sahaja kata orang.

Saya sentiasa berdoa pada Allah semoga semua Rakan Dropship TudungSiComel berjaya satu hari nanti… saya rasa ralat sangat kalau ramai yang berjaya tapi masih ada yang kurang berjaya…

Impian saya nak tengok semua berjaya sebelum saya ‘tutup mata’ untuk bertemu Allah swt kelak… in shaa Allah.

office terbesar di dunia 3

Psst!… Best kan, office beliau takda pintu dan tingkap, seluas alam… 😅🤭

KOMISEN AFFILIATE TUDUNGSICOMEL

Leave a Comment