Panduan ini dikongsikan oleh salah seorang Top Seller TudungSiComel iaitu puan Siti Balqis(Ranau). Semoga bermanfaat.
Setelah kita buat Facebook ads tarik pelanggan ke whatsapp, dan apabila ada propek yang whatsapp kita, ini antara contoh bagaimana beliau layan pelanggan. Simple jer hehe…
1. Pelanggan mula bertanya.
2. Terus kongsikan set gambar katalog(set banner) supaya pelanggan boleh terus buat pilihan dan kemudian terus tanya butiran tempahan. Set gambar katalog terkini boleh diperolehi DI SINI.
3. Setelah butiran tempahan diterima, terus buat total pengiraan dan sertakan no akaun kepada pelanggan untuk bayaran.
4. Setelah pelanggan buat bayaran, sertakan juga no ID tempahan kepada pelanggan supaya beliau mudah buat rujukan juga jika ada sebarang masalah.
Itu sahaja, mudah kan? 😊
Ini contoh berpandukan apa yang beliau praktiskan. Namun ianya terpulang kepada strategi masing-masing melayan pelanggan.
Pelanggan yang gembira pasti akan menjadi pelanggan setia anda… aamiin.
Assalamualaikum Puan,
Saya amat berminat untuk menjadi salah seorang ejen (dropshipper) Tudung SiComel (TSC).
Bagaimana cara saya untuk mendaftar menjadi ahli ejen TSC disebabkan saya dari Negara Brunei Darussalam.
Saya tidak lupa mengucapkan ribuan terima kasih diatas kerjasama dan bantuan dari Puan.
Akhir kata, saya doakan semoga Puan sentiasa dalam keadaan sihat walafiat dan terus sukses. Aaamiiin Aaamiiin Ya Rabbal Alamin.
Salam puan Haztina, salam mesra dari Malaysia ^_^
Terima kasih kerana berminat puan. Untuk pendaftaran puan boleh layari:
https://tudungsicomel.com/dropship/daftar
Jika puan ada sebarang masalah, puan boleh berhubung dengan admin kita di:
http://wasap.my/6011-33015034
In shaa Allah kita akan cuba bantu puan.
Terima kasih puan ^_^