Cash On Delivery TudungSiComel 2023

image 4

Memandangkan ramai yang mohon kita sediakan kemudahan Cash on Delivery (COD) untuk tempahan pelanggan TudungSiComel, jadi kita dah sediakannya untuk memudahkan rakan-rakan untuk closing sale 😊

Syarat Mudah

1. Hanya untuk tempahan sekitar Semenanjung Malaysia sahaja.

2. Tempahan maksimum berat 2kg(sekitar 18 helai tudung) sahaja.

3. Kos cas COD
a. Berat 0-1kg = RM11.90 (anggaran 9 helai tudung).
b. Berat 1-2kg = RM16.90 (anggaran 18 helai tudung).

image 6

image 7

Panduan Menguruskan Tempahan COD

1. Sekiranya pelanggan ingin menggunakan kaedah COD, anda perlu berikan link affiliate peribadi anda untuk pelanggan membuat tempahan terus menerusi web TudungSiComel. Anda boleh guide pelanggan cara untuk buat tempahan menerusi web.

Cara dapatkan Affiliate Link Peribadi Anda – KLIK SINI

2. Setelah pelanggan buat tempahan, anda boleh semak di akaun affiliate anda (Order Detail) adakah tempahan beliau berjaya. Anda boleh minta ID tempahan beliau untuk tujuan semakan.

Sekiranya tiada rekod, anda boleh hubungi admin dan berikan ID tempahan untuk kita buat semakan dan masukan komisyen anda secara manual.

image 5

3. Sekiranya tempahan beliau berjaya dibuat penghantaran, anda akan layak menerima komisyen tersebut. Namun sekiranya tempahan beliau gagal dihantar atau tidak berjaya, komisyen tersebut akan dibatalkan.

FAQ?

1. Kenapa COD tak boleh dibuat secara dropship?

Ini kerana apabila pelanggan membuat bayaran produk yang ditempah, ianya akan terlebih dahulu masuk ke akaun pihak Ninja Van. Mereka akan membayar kepada TudungSiComel dalam tempoh satu minggu.

Apabila tempahan yang diterima agak banyak, ini menyulitkan Bahagian Akaun TudungSiComel untuk membuat semakan satu persatu dan membuat bayaran komisyen dropship yang sepatutnya anda terima.

2. Adakah dropship boleh membuat tempahan secara COD untuk diri sendiri?

Buat masa sekarang tidak boleh kerana kita telah nyahaktifkan fungsi COD pada akaun dropship.

3. Boleh ke jika pelanggan ingin COD ke Sabah / Sarawak?

Buat masa sekarang tidak boleh kerana agak berisiko. Ini kerana sekiranya penghantaran tidak berjaya dan bungkusan terpaksa dipulangkan ke HQ, kos penghantaran dan pemulangan akan ditanggung oleh HQ.

4. Adakah Ninja Van akan hubungi pelanggan sebelum penghantaran?

Ya. Piihak Ninja Van akan hubungi dahulu pelanggan sebelum membuat penghantaran.

5. Kenapa cas COD lebih mahal berbanding biasa?

Ada tambahan cas yang dikenakan oleh pihak Ninja Van terhadap kos postage asal.

6. Boleh ke buatkan tempahan COD untuk pelanggan?

Boleh. Kalau puan buat orderkan cod untuk pelanggan boleh sahaja… tapi jangan login ke akaun dropship puan dan puan boleh bantu dia tempah guna email beliau 😃

Seolah² puan adalah dia(pelanggan)…

⚠️ Yang penting sebelum buatkan tempahan beliau, puan kena logout dulu dari akaun dropship puan dan klik pada link affiliate puan sendiri. Kenapa tak boleh login guna akaun puan, adalah:

  1. Sebab nanti pelanggan akan bayar COD dengan harga agen bukan harga retail.
  2. Nanti sistem affiliate tak detect komisyen puan.

7. Boleh ke berikan promosi percuma penghantaran untuk tempahan COD?

Untuk tempahan COD kita tidak dapat berikan promosi percuma penghantaran kerana kos penghantaran agak tinggi. Namun anda boleh cadangkan promosi harga kombo kepada mereka.

DISKAUN COMBO UNTUK TEMPAHAN COD

Memandangkan ada yang menyurakan pendapat harga kombo untuk tempahan COD melalui website, rakan-rakan boleh berikan kod kupon ini kepada pelanggan untuk dapatkan harga kombo istimewa.

✅ Kupon Kombo 3 helai (3 hingga 4 helai)
CODCOMBO3

✅ Kupon Kombo 5 helai (5 helai dan ke atas)
CODCOMBO5

Kod kombo ini valid untuk tempahan semua jenis tudung dan inner rainbow, boleh campur-campur.

Contohnya 3 helai tudung awning scuba dan 2 helai awning lembut, beliau layak CODCOMBO5 … tak semestinya jenis tudung yang sama 😀

⚠️ Amaran, pastikan gunakan kod mengikut jenis kombo yang betul atau tempahan akan dibatalkan. Contohnya jika beli 3 helai, jangan gunakan kod CODCOMBO5 atau sebaliknya.

Penutup

Semoga program COD ini sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk closing sale bagi pelanggan-pelanggan yang lebih prefer tempahan secara COD.

KOMISEN AFFILIATE TUDUNGSICOMEL

Leave a Comment