Hari ni Intan nak tunjuk cara untuk join kempen di Tiktok untuk tingkatkan Jualan. Caranya mudah saja
1. Pastikan anda DAFTAR TIKTOK SELLER CENTER
Untuk memulakan jualan di Tiktok , anda perlu daftar Tiktok Seller Center terlebih dahulu.
Setelah daftar, anda perlu masukkan produk di Tiktok Shop Seller Center. Hal ini agar anda dapat sertai kempen dari Tiktok.
2. KLIK PADA ‘PROMOTIONS’
Step seterusnya untuk join kempen Tiktok
- Pilih ‘Campaign’
- Klik pada ‘Product/Shop Campaign’
Yang Intan tunjuk ni adalah kempen untuk product yang kita jual dekat beg kuning je.
Kalau nak buat kempen dalam live pon boleh juga. Lagi ramai yang akan membeli dalam live sebab orang suka tengok barang secara live tambah pula jika kita buat promotion.
3. Klik ‘major campaigns’
Dekat sini ada banyak pilihan campaign yang kita boleh join.
Contohnya, Intan join kempen 7.7 sales. Ramai yang suka shopping time 7.7 kan jadi ada potensi untuk tingkatkan jualan kita melalui kempen seperti ini.
- Pilih kempen yang anda nak join. Contohnya, 7.7 Super Sale
- Klik ‘Join Now’ di bahagian kanan sekali.
4. boleh register kempen 7.7 super sale
Bahagian ‘Campaign Details’ ni ada sedikit penerangan tentang kempen yang kita nak join. Kalau boleh baca terlebih dahulu untuk elak berlaku salah faham.
Kemudian anda boleh terus klik ‘REGISTER AND ADD PRODUCTS’ .
Pilih ‘Select from List’
Baca dulu terma dan syarat dan kemudian klik ‘AGREE’
5. pilih produk yang nak join kempen tersebut
Anda boleh pilih produk yang hot untuk join kempen di Tiktok.
⏩ Sebagai contoh, Intan pilih produk ini di Tiktok :
- Tudung Sekolah Awning Scuba
- Tudung Sekolah Dua Lapis
- Inner Rainbow
⏩ Masukkan 10% off untuk semua jenis product. (Percent ini dah ditetapkan oleh HQ untuk semua Rakan Usahawan TudungSiComel)
⏩ Klik ‘Apply to all’
⏩ Scroll ke bawah dan Klik ‘Submit and Next’
6. TIKTOK AKAN REVIEW PRODUCT
Selepas kita daftar kempen, produk kita akan di ‘review’ oleh Tiktok . Anda boleh lihat harga selepas sertai kempen di Tiktok akan berubah. Dan harga ini lah yang akan terpapar di Tiktok Shop anda.
SEMOGA BERJAYA DAN SELAMAT MEROKET !
Adakah percuma klo seller joint kempen ni
Salam puan, ianya percuma =D