Panduan Mendaftar Sebagai Penjual di Lazada

Lazada merupakan salah satu laman e-dagang popular Malaysia dan anda boleh memanfaatkan popularitinya dengan mendaftarkan akaun sebagai Lazada Seller secara mudah dan percuma sahaja.

Terdapat 2 jenis akaun yang ditawarkan di Lazada, iaitu ‘Corporate’ dan ‘Individual’.

Anda boleh memilih akaun ‘Corporate’ sekiranya anda telah berdaftar dan mempunyai lesen perniagaan yang sah (SSM). Sekiranya tidak, anda boleh mendaftarkan akaun individu.

Untuk mendaftar akaun sebagai Lazada Seller, anda terlebih dahulu perlulah mempunyai akaun pengguna terlebih dahulu.

  1. Layari laman pendaftaran di SINI
  2. Masukkan nombor telefon
    ✔ Jika anda ingin membuka Akaun Penjual lain, nombor telefon mudah alih dan alamat e-mel mestilah berbeza daripada Akaun Penjual semasa anda
  3. Klik butang “Next”
  4. Masukkan 6 digit kod yang dihantar telefon mudah alih anda
  5. Klik butang Next
  6. Pilih jenis akaun:
    • Individu – Sekiranya anda mahu menjual sebagai seorang individu
    • Syarikat – Sekiranya anda mahu menjual sebagai sebuah syarikat
  7. Masukkan alamat emel
  8. Masukkan kata kunci dan masukkan sekali lagi kata kunci untuk pengesahan
  9. Lengkapkan segala butiran yang diminta seperti alamat, nombor akaun dan sebagainya untuk melengkapkan proses pendaftaran
  10. Anda boleh memuat naik dokumen dalam bentuk gambar, pdf, ms word
  11. Proses pengesahan Lazada seller hanya mengambil masa 3 hari maksima

Untuk melihat contoh dokumen yang disubmit, klik SINI

Jemput tonton video dibawah untuk melihat penerangan dalam bentuk gambar dan suara.

Mudah sahajakan, selamat mencuba 🙂

KOMISEN AFFILIATE TUDUNGSICOMEL

Leave a Comment