Macam Mana Cara Nak Setting Flash Sale di Tiktok Shop?

Tiktok Shop sekarang menjadi salah satu platform menjual yang tengah hangat sekarang.

Disebabkan semakin ramai penjual yang mula menjual di Tiktok, produk yang kita dah pamerkan di Tiktok Shop akan menjadi sukar untuk dilihat oleh orang lain .

Ini bermakna kita perlu menjadi lebih kreatif dengan menjual secara promosi. Promosi yang kita boleh sertai adalah ‘Flash Sale‘ .

Flash Sale‘ adalah merupakan promosi potongan harga mengikut peratus yang sesuai diberikan oleh seller.

flash sale tudungsicomel tiktok 1

Jadi mesti anda tertanya – tanya macam mana nak setting ‘Flash Sale‘ di Tiktok Shop ni?

Cara Setting Flash Sale di Tiktok

1. Buka akaun Seller Center.

2. Klik pada bahagian ‘Promotion‘ di sebelah kiri dan pilih ‘Promotional Tools

Cara Nak Setting Flash Sale di Tiktok

3. Pilih promosi ‘Flash Deal‘ dan klik ‘create’ untuk kita hasilkan promosi ‘Flash Sale

Cara Nak Setting Flash Sale di Tiktok Shop

4. Masukkan tarikh tempoh bagi ‘Flash Sales‘ ini akan berlangsung.

image 1

5. Pilih produk yang nak diberikan promosi ‘Flash Sales‘ masukkan jumlah discount dan klik ‘Agree & Publish‘ .

image 3

Itu sahaja cara untuk setting flash sale bagi produk yang anda jual di Tiktok. Nanti harga promosi itu akan memaparkan seperti gambar di bawah ini.

flash sale tiktok tiktok deals edited
Gambar ini boleh dilihat di Tiktok Shop umum
flash sale tiktok tiktok deals tudungsicomel
Paparan yang akan keluar jika ada promosi ‘Flash Sale’

Semoga dapat membantu semua! Selamat meroket bersama TudungSiComel 😘

KOMISEN AFFILIATE TUDUNGSICOMEL

Leave a Comment