(Penting: Mohon baca satu persatu)
Mungkin ada dari rakan-rakan yang risau tengok HQ start agressive buat live(trainning live host) dan secara tak langsung shop demo HQ tiba-tiba sale naik melonjak carta jualan tudung sekolah kan?(Tak sampai sebulan)
Jangan risau, HQ masih dengan pendirian sama; Taknak bypass agen buat sale dan nak menyediakan platform di mana surirumah dapat berniaga dan jana pendapatan dengan baik hanya dari rumah 😊
Ini impian saya dan saya masih berpegang pada prinsip impian tersebut, dari awal penubuhan TSC dan moga2 selamanya 😀
Kita sebolehnya taknak bypass agen untuk beli terus melalui HQ.
Apa yang HQ sedang buat sekarang adalah dapat memberi kesedaran pada kita bahawa:
1.Walaupun baru sebulan start buat live, shop HQ berjaya naik dari no-where ke tangga 2 carta hanya dalam masa sebulan(rujuk gambar carta). Jika shop HQ boleh, ini bermakna, anda juga boleh… gambar produk sama, harga sama, semua sama… jadi tiada yang mustahil untuk shop anda juga… kita tak sebutkan di mana-mana bahawa itu adalah shop HQ… sale terjual secara organic(live)
Mungkin ada yang cakap “Alaa, HQ suruh kita jual jual jual, HQ pun tak pandai nak menjual….”
HQ nak buktikan yang ianya tidak mustahil dan bukan sekadar cakap mulut sahaja
2.Kalau kita lihat carta, harga jual kita RM19.90 dan masih boleh melawan peniaga tudung sekolah yang menjual dengan harga yang murah. So ini bermakna brand kita sudah dikenali dan harga tidak menjadi isu
3.Kalau kita lihat jualan dalam masa tak sampai sebulan, ini menunjukan permintaan tudung sekolah masih lagi tinggi. Tapi kenapa ada dari kita yang kurang sale nya? Sebab kita kurang buat iklan! 😅
4.Live menaikan shop HQ dengan kadar mendadak dalam masa sebulan. Jika kita tak buat live, berkemungkinan kita akan ketinggalan juga.
Jika anda malu atau takda masa nak buat live, jangan risau tak lama lagi HQ akan bekalkan Livehost yang dah dilatih kepada anda… plug and play sahaja hehe 😀💪
In shaa Allah, apabila semua rakan-rakan dah buat live dan sale dah ‘mencanak’, HQ akan slow down dan follow belakang jer macam sebelum nie 😊
Jika HQ boleh, anda juga pasti boleh!!! Shop kita sama sahaja… tiada apa yang membezakan shop kita di Shopee… kita tak letakkan sebarang keyataan bahawa ini adalah shop HQ dan beli lah dari sini… tidak ada… we are the same 😀
Apa2pun jangan risau ya, awal-awal nie jer HQ kita nak recruit dan train new Livehost, lepas nie mereka in shaa Allah akan bertugas untuk anda semua 🥰💪
INGATAN: Kepada rakan-rakan nak gunakan servis Live Host kelak, sebolehnya panaskan dulu akaun shop anda dengan beberapa siri live sendiri. Sebab kita nak bagitau algorithm Shopee/Tiktok/Lazada yang kita dah ready nak fokus live di shop kita