Apa Yang Saya Perasan Tentang Live

image 12

Berdasarkan pemerhatian setelah HQ buat live di dua platform iaitu:

Shopee

Live dekat shopee nie kebanyakan yang join adalah golongan ibu-ibu. Mungkin ibu-ibu lebih mesra dengan Shopee berbanding Tiktok. Me Time kononnya haha…

1.Jadi kita sebagai penjual, adalah lebih sesuai menjual tudung sekolah jenis sarung seperti awning scuba, lembut dan dagu getah. Sebab tudung-tudung nie sesuai untuk budak sekolah rendah, jadi mak-mak yang join live akan beli untuk anak-anak mereka.

2.Sesuai untuk live host yang berwajah keibuan sedikit, sebab kalau wajah remaja nie, apa yang saya perasan mak-mak tak gemar sangat nak berinteraksi. Mak-mak lebih serasi berinteraksi dengan Live Host yang nampak lebih matang, kurang menjerit-jerit dan lebih teratur pertuturannya.

Tiktok

Berbeza pula dengan Tiktok, saya perasan yang join live kebanyakan remaja-remaja bersekolah menengah. Mereka sendiri yang akan membeli tudung mereka dan penghantaran jenis COD sangat membantu.

1. Jadi, di TT lebih sesuai kita jual tudung sekolah jenis dua lapis. Sebab tudung dua lapis adalah tudung untuk sekolah menengah.

2.Sesuai untuk live host yang berwajah muda kerana remaja-remaja nie lebih selesa berinteraksi dengan rakan yang hampir/nampak sebaya dan yang mereka anggap sebagai akak-akak. Mereka mungkin sedikit kekok untuk berinteraksi dengan live host yang berwajah keibuan

Ini sekadar pemerhatian saya sepanjang kita buat latihan live untuk Live Host kita

Jadi jika anda nak pilih live host nanti, boleh pertimbangkan kriteria ini juga.

Selamat mencuba 😀

KOMISEN AFFILIATE TUDUNGSICOMEL

Leave a Comment