Promo ini kita lancarkan untuk menggalakkan pelanggan membuat tempahan awal supaya tempahan kita tak sangkut jika terlalu ramai yang membuat tempahan last minute nanti 😀
“Beli awai tak kalut..heheh”
Produk yang termasuk dalam promo ini hanya 3 produk sahaja iaitu:
Kupon Diskaun
HQ akan cover harga diskaun dan rakan usahawan perlu masukkan kod kupon semasa membuat tempahan untuk pelanggan anda yang membeli dengan harga diskaun dan system akan tolak dalam bentuk diskaun RM1 bagi setiap helai kepada anda.
EBP2024
Hanya tempahan pelanggan yang anda berikan diskaun sahaja layak untuk anda gunakan kupon ini.
Sekiranya anda menjual dengan harga biasa, anda tidak layak menggunakan kupon ini. Mohon jujur dan Allah swt sentiasa memerhati anda.
Panduan Menggunakan Kupon
Masukan kod kupon semasa di page Checkout. Setelah anda masukan kupon, klik pada butang Apply Coupon dan anda akan dapat melihat diskaun sebanyak RM1.00 bagi setiap helai tudung pada tempahan anda.
Seperti anda lihat, harga asal sehelai tudung bernilai RM19.90 dan untuk promo ini bernilai RM18.90. Bermakna diskaun RM1.00 untuk sehelai tudung dan HQ akan menanggung kos tersebut.
Promo Sah hingga 16 Januari 2023 sahaja.
Soalan Lazim (FAQ)?
- Soalan: Boleh ke kalau seorang pelanggan beli 3 helai tudung atau lebih?
Jawapan: Ya boleh, anda hanya perlu masukkan kod kupon seperti yang dimaklumkan dan sistem akan auto detect jumlah kuantiti diskaun kupon sebanyak RM3.00 atau lebih berdasarkan jumlah tudung yang dalam promosi. - Jika dalam satu tempahan ada bercampur-campur produk, adakah akan dapat diskaun untuk semua produk?
Tidak. Diskaun hanya untuk produk yang dalam promosi sahaja. - Boleh ke saya beli campur-campur produk. Contohnya tudung dan inner?
Boleh. - Promo Sah sampai bila?
Sah hingga 16 Januari 2023 sahaja. - Saya pegang stok sendiri, macam mana?
Untuk promosi ini, boleh buat order melalui web TSC. - Boleh saya beli untuk diri sendiri?
Boleh sahaja. - Boleh ke saya set promosi nie di Shopee / Lazada / Tiktok Shop saya?
Tak boleh. Ini khas untuk tempahan manual sahaja. Untuk Shopee / Lazada / Tiktok sudah ada promosi semasa sendiri terutama untuk yang buat live.
Semoga promo ini dapat membantu anda untuk closing sale 🥰
Selamat meroket 🚀