Ini adalah perancangan tahunan untuk persediaan kita bersama. Ianya penting supaya kita sama-sama tahu apa yang patut kita utamakan pada bulan tertentu.
Walaupun kita sedia maklum bahawa permintaan tudung sekolah sentiasa ada sepanjang tahun(alhamdulillah), namun kita sediakan jadual perancangan supaya kita bersama mendapat gambaran yang lebih jelas.
Perancangan Bulanan
Januari – Mac
Pada bulan ini, seperti kita sedia maklum, permintaan tudung sekolah untuk sessi Back to School adalah tinggi.
Mac – April
Kita bercadang untuk hasilkan semula tudung kasual kanak-kanak supaya rakan-rakan dapat menjana pendapatan tambahan yang baik terutama di musim perayaan Aidilfitri. Stay tune 🥰
April – Jun
Ini adalah musim di mana permintaan tudung sekolah jenis kokurikulum semakin meningkat.
Mungkin pada bulan ini, sekolah-sekolah sudah mula membuka pendaftaran untuk unit beruniform dan persatuan.
Mei – Jun
Masa yang sesuai juga untuk promosikan tudung kasual kanak-kanak untuk pakai menyambut aidiladha.
Jun – Ogos
Permintaan tudung edisi kemerdekaan semakin meriah terutama untuk tudung sekolah warna putih mutiara, merah cili, kuning royal dan biru eletrik.
Boleh dikatakan ianya adalah Mini Back to School, memang sangat meriah sampai stok kekeringan 😅
Ogos – Sept
Dan permintaan tudung edisi merdeka akan berterusan sehinggalah September sempena sambutan hari Malaysia.
Sept – Oktober
Pada masa ini, permintaan tudung sekolah jenis factory reject akan mendapat permintaan yang baik kerana sudah masuk separuh penggal tahunan persekolahan.
Jadi ramai ibu-ibu lebih prefer tudung rejek untuk dijadikan tudung tambahan atau gantian kepada tudung sediaada yang sudah lusuh dan kusam.
Okt – Dis
Pada masa ini, anda boleh mula buat iklan kepada pengusaha-pengusaha tadika untuk buat tempahan tudung tadika (custom).
Contohnya jika anda dapat ‘pegang’ 10 tadika dan setiap tadika ada 50 pelajar perempuan dan setiap pelajar beli 2 helai, ini bermakna anda sudah ada pelanggan tetap tahunan sebanyak 50 x 10 x 2 = 1000 helai 🥰
Dan musim yang sesuai juga untuk anda buat pertimbangkan untuk pembelian tudung borong untuk menghadapi peperangan Back to School (Jan – Mac). Perancangan awal adalah sangat-sangat digalakan.
Tudung Srikandi
Selain tudung kasual kanak-kanak, kita juga akan buat pelancaran Tudung Srikandi (Tudung Unit Beruniform). Permintaan untuk tudung jururawat, polis, tentera, kastam, imegresen ini in shaa Allah akan ada sepanjang tahun.
Kita sudah menjual tudung uniform ini sudah beberapa tahun untuk melihat statistik permintaannya. Jadi tahun ini in shaa Allah kita akan membuat pelancaran rasmi dengan penampilan yang lebih menarik agar rakan-rakan lebih mudah menjual.
Sama juga seperti tudung sekolah, tudung ini akan dipakai setiap hari dan akan cepat lusuh. Jadi ianya juga berpotensi tinggi untuk kita jana pendapatan menerusinya, in shaa Allah 😊
KESIMPULAN
Kami di HQ akan sentiasa berusaha untuk memastikan agar rakan-rakan dapat menjana pendapatan yang baik sepanjang tahun hanya dari rumah.
In shaa Allah kita juga akan tambah bahan-bahan promosi dan akan fokus untuk aktiviti Branding Awareness supaya rakan-rakan dapat berniaga dengan lancar.
Semoga Allah rahmati usaha kita semua dan sama-sama kita niatkan aktiviti berniaga kita sebagai ibadah, aamiin 🥰