Merdeka Special

image 1

Sempena bulan kemerdekaan yang telah tiba, kita akan anjurkan satu kempen “Merdeka Special” 😍

Apa yang best dengan Merdeka Special ?

Bestnya Merdeka Special ini ialah dengan setiap pembelian tudung sekolah(tidak termasuk tudung rejek), pelanggan akan menerima hadiah iaitu sehelai Inner Rainbow dari pihak TudungSiComel.

Objektif

  • Untuk memudahkan rakan usahawan close sale.
  • Membantu rakan usahawan dalam menaikkan jumlah kuantiti order setiap pelanggan dan secara tidak langsung dapat menaikkan sales.

Promosi & Kod Kupon

Untuk promosi kempen Merdeka Special ini, pelanggan perlu membeli minimum 3 helai tudung sekolah baru(boleh campur design dan saiz) dan secara automatik melayakkan pelanggan untuk terima sehelai inner rainbow.

Semasa membuat tempahan pelanggan, rakan usahawan perlu “add to cart” produk inner rainbow dan pelanggan boleh memilih warna yang dikehendaki.

Rakan Usahawan boleh memasukkan kod kupon MERDEKA67 dan klik butang “Apply coupon”.

image

Sistem akan membuat penolakkan harga untuk item inner rainbow sebanyak RM3.90 dan serap kos hadiah promosi tersebut. Anda masih untung seperti biasa πŸ˜ŠπŸ‘Œ

Promosi sah sehingga 31 Ogos 2024 sahaja.

FAQ?

1. Boleh ke jika pelanggan nak beli tudung warna lain selain warna merdeka?
J: Boleh sahaja janji belian tudung 3 helai dan ke atas untuk dapat hadiah percuma Inner Rainbow.

2.Boleh ke saya nak promosikan dua promosi pada pelanggan dan submit 2 kod kupon?
J: Untuk tempahan, hanya valid untuk 1 kod kupon sahaja.

3. Boleh ke pelanggan nak beli tudung sekolah awning scuba dan awning berdagu getah?
J: Boleh campur, janji belian tudung 3 helai dan ke atas untuk dapat hadiah percuma Inner Rainbow.

4. Boleh ke saya nak add promosi Merdeka Special ini di Shopee ?
J: Boleh sahaja, namun rakan2 perlu setting promosi ini di shopee sendiri.
Boleh rujuk panduan ini untuk setting promosi di shopee anda.

https://seller.shopee.com.my/edu/article/2596/create-add-on-deal-gift

5. Boleh ke saya berikan promosi semasa kombo pada pelanggan untuk promosi Merdeka Special ini ?
J: Boleh, ianya atas tanggungan dan budibicara anda sendiri.

6. Boleh ke pelanggan buat 4 order ID berasingan dan combine postage untuk claim 4 helai hadiah Inner Rainbow?
J: Tidak boleh, kerana ia dikira sebagai 1 postage dan layak terima 1 inner rainbow sahaja.

7. Jika pelanggan beli 6 helai tudung boleh claim dua helai Inner rainbow ke?
J: Tidak layak, kerana 1 tempahan dengan belian 3 helai ke atas di dalam satu resit hanya layak untuk 1 helai inner rainbow sahaja.

Semoga promosi ini dapat membantu rakan-rakan membuat sale yang baik. Aamiin

Selamat meπŸš€πŸ₯°

Updated 2 Ogos 2024

KOMISEN AFFILIATE TUDUNGSICOMEL

Leave a Comment