Kempen Special Hari Malaysia

Sempena sambutan hari Malaysia yang bakal berlangsung, kita anjurkan promosi edisi Hari Malaysia khas untuk membantu rakan-rakan berniaga dan meroket πŸ₯°

Objektif

  • Untuk memudahkan rakan usahawan close sale.
  • Membantu rakan usahawan dalam menaikkan jumlah kuantiti order setiap pelanggan dan secara tidak langsung dapat menaikkan sales.

Ada dua jenis promosi yang rakan-rakan boleh gunakan iaitu (BOLEH PILIH SALAH SATU dalam satu masa):

1.Combo Mix & Match

Copy of Mix Match MERDEKA EDITION

Promosi kombo ini khas untuk tudung sekolah awning scuba dan awning lembut.

1 helai tudung sekolah awning scuba + Inner = RM25 (Satu Set)

1 helai tudung sekolah awning lembut + Inner = RM22 (Satu Set)

Kod kupon:

1 set = MALAYSIA1

2 set = MALAYSIA2

3 set = MALAYSIA3

4 set = MALAYSIA4

5 set =MALAYSIA5

Sekiranya anda menerima lebih dari 5 set, boleh hubungi admin Mira untuk bantuan kod kupon tambahan.

2. Buy 2 Get 1 Inner For Free

beli 2 tudung sekolah 1 inner

Untuk promosi ini, pelanggan perlu membeli minimum 2 helai tudung sekolah baru(boleh campur design dan saiz) dan secara automatik melayakkan pelanggan untuk terima sehelai inner rainbow.

Semasa membuat tempahan pelanggan, rakan usahawan perlu “add to cart” produk inner rainbow dan pelanggan boleh memilih warna yang dikehendaki.

Rakan Usahawan boleh memasukkan kod kupon MALAYSIA16 untuk penebusan item inner free bagi promosi ini.

Ruangan Kod Kupon

Untuk kedua-dua promosi ini, pastikan anda masukkan salah satu kod kupon pada ruangan yang disediakan sebelum membuat pembayaran.

image

Promosi Sah dari 4 September 2024 hingga 16 September 2024

FAQ Tempahan Melalui Web Sync

Bagi rakan-rakan yang synckan produk melalui web sync di shop shopee atau TikTok dan settingkan untuk free inner ini di shop anda, anda perlu alert 2 perkara iaitu:

  1. Apabila anda terima tempahan promosi free inner dari shopee / tiktok, untuk sistem web sync akan tetap kenakan bayaran kepada anda untuk item inner tersebut.
  2. Hubungi Admin Mira dan berikan screenshot tempahan tersebut untuk Mira kreditkan amount item inner tersebut ke wallet web sync anda semula.

FAQ Combo Mix & Match?

1. Boleh ke jika pelanggan nak beli tudung dan inner warna lain selain warna Hari Malaysia?
Jawapan: Boleh. Cuma untuk promo ini kita lebih fokus pada tema Hari Malaysia.

2. Boleh ke pelanggan nak beli tudung sekolah awning dagu getah dan inner?
J: Boleh. Tapi ianya tidak ada dalam promosi kombo merdeka.

3. Boleh ke pelanggan nak beli 2 helai tudung + 1 inner?
J: Boleh. Cuma harga 1 combo + tudung harga biasa.

4. Boleh ke pelanggan nak beli 3 tudung dan 1 inner?
J: Boleh. Jadi akan ada 1 kombo + 2 tudung harga biasa.

5. Boleh ke pelanggan nak beli 1 kombo awning scuba dan 1 kombo awning lembut.
J: Boleh. Nanti boleh gunakan kupon untuk 2 set kombo. Harga diskaun masih sama.

6. Kalau pelanggan nak beli 3 atau 5 helai tudung sahaja dan tak nak beli inner?
J: Pelanggan tak layak untuk kombo Hari Malaysia. Namun anda boleh cadangkan pelanggan dengan harga kombo 3 dan 5 helai. Tapi penggunaan kupon hanya sah untuk kombo Hari Malaysia sahaja.

7. Boleh ke saya berikan promosi freeship dan juga promosi kombo hari Malaysia pada pelanggan?
J: Tidak boleh, kerana sistem hanya boleh masukkan satu kupon sahaja dalam satu masa. Anda boleh pilih salah satu promosi yang mana yang anda rasakan lebih sesuai.

8. Boleh ke saya gunakan kod kupon untuk produk-produk lain selain dalam promosi?
J: Tidak boleh. Amanah, Tabliq, Fatonah 😁

9. Boleh ke saya nak add produk kombo mix Hari Malaysia di Shopee / Lazada/ TikTok ?
J: Tidak digalakkan(namun tiada halangan), kerana komisyen anda akan menjadi lebih rendah. Kita galakkan promo ini untuk jualan di Facebook sahaja.

FAQ Buy 2 Get 1 Inner For Free?

1. Boleh ke jika pelanggan nak beli tudung warna lain selain warna sambutan Hari Malaysia?
J: Boleh sahaja janji belian tudung 2 helai dan ke atas untuk dapat hadiah percuma Inner Rainbow.

2.Boleh ke saya nak promosikan dua promosi pada pelanggan dan submit 2 kod kupon?
J: Untuk tempahan, hanya valid untuk 1 kod kupon sahaja dalam satu masa.

3. Boleh ke pelanggan nak beli tudung sekolah awning scuba dan awning berdagu getah?
J: Boleh campur, janji belian tudung 2 helai dan ke atas untuk dapat hadiah percuma Inner Rainbow.

4. Boleh ke saya nak add promosi ini di Shopee ?
J: Boleh sahaja, namun rakan2 perlu setting promosi ini di shopee sendiri.
Boleh rujuk panduan ini untuk setting promosi di shopee anda.

https://seller.shopee.com.my/edu/article/2596/create-add-on-deal-gift

5. Boleh ke pelanggan buat 4 order ID berasingan dan combine postage untuk claim 4 helai hadiah Inner Rainbow?
J: Tidak boleh, kerana ia dikira sebagai 1 postage dan layak terima 1 inner rainbow sahaja.

6. Jika pelanggan beli 4 helai tudung boleh claim dua helai Inner rainbow ke?
J: Tidak layak, kerana 1 tempahan dengan belian 2 helai ke atas di dalam satu resit hanya layak untuk 1 helai inner rainbow sahaja.

Semoga promosi ini dapat membantu rakan-rakan membuat sale yang baik. Aamiin

Selamat meπŸš€πŸ₯°

KOMISEN AFFILIATE TUDUNGSICOMEL

Leave a Comment