Jika kita ada sebarang masalah, jangan risau… Allah kan ada. Berdoalah…
“KepadaMu Kami menyembah / memperhambakan diri dan KepadaMu Kami memohon pertolongan.” (Al-Fatihah: 5)
Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu” ~ Surah Ghafir (60)
Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda:
لِيَسْأَلْ أَحَدُكُمْ رَبَّهُ حَاجَتَهُ حَتَّى يَسْأَلَهُ الْمِلْحَ وَحَتَّى يَسْأَلَهُ شِسْعَ نَعْلِهِ إِذَا انْقَطَعَ
Maksudnya: Hendaklah kalian berdoa dan meminta kepada Allah SWT segala hajatnya, hatta jika ingin meminta garam atau tali kasutnya apabila ia terputus.
Jami’ Tirmizi (3604)
Menurut Syeikh al-Mubarakfuri sewaktu mensyarahkan hadith ini menyatakan bahawa milik Allah lah seluruh khazanah kekayaan, dan tiada Pemberi selain-Nya; maka mintalah apa sahaja dari-Nya hatta perkara-perkara yang ringan, kecil dan remeh. Sesungguhnya jika Allah SWT tidak memudahkan suatu urusan, nescaya ia tidak akan menjadi mudah untuk kita mendapatkannya. (Rujuk Tuhfah al-Ahwazi bi Syarh Jami al-Tirmizi, 10/52)
Apa sahaja masalah, samaada sale slow ke, anak sakit ke, masalah hutang… minta terus pada Allah.
Allah suka kita meminta-minta padanya.
Dan dalam setiap doa itu juga ibadah.
Jangan kita risau dan gundah…
Mintalah pada Allah, tuhan pemilik khazanah langit dan bumi. Tuhan yang Maha Kasih Sayang… Tuhan yang Maha Pemurah…
Wallahu a`lam
Rujukan:
https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/3523-al-kafi-1308-bolehkah-berdoa-perkara-remeh-kepada-allah-swt
https://platinum.alabidin.sch.id/waktu-waktu-mustajab-untuk-berdoa/