“Kharul Aming jual sambal, RM sejuta dalam masa beberapa minit sahaja…”
“Sambal Khairul Aming sentiasa sold out…”
Adakah anda rasa apabila sale Khairul Aming meningkat akan membuatkan sale penjual sambal lain akan jatuh? 🤔
Saya lihat, sale penjual sambal tetap meningkat juga. Sahabat saya Daiana Jaafar jual sambal, tetap banyak permintaan. Berkotak² orang beli sambal dia.
“Orang lain berjaya, bukan lah bermakna kita akan gagal…”
Rezeki masing² Allah dah tetapkan 50 ribu tahun sebelum Allah ciptakan langit dan bumi lagi.
Kita usaha bahagian kita, dia usaha bahagian dia.
Seperti kata Singh Jaga dalam filem Seniman Bujang Lapok;
“Lu punya nasib lu makan, dia punya nasib dia makan.. apa salah lu makan sama-sama…”