‘Magic Number‘ boleh membantu anda untuk set target jualan anda. Berniaga nie ibarat kita belayar di lautan, kalau kita tak ada destinasi yang jelas, kita akan belayar tanpa arah tujuan.
Apabila kita tahu berapa nilai magic number kita, in shaa Allah anda akan berusaha untuk berada di landasan yang tepat.
Apa itu magic number?
Magic number adalah nilai jumlah jualan harian, minguan, bulanan, tahunan yang anda perlu tahu supaya ianya dapat capai target anda.
Jom kita cuba buat kiraan ‘Magic Number’.
Pertama sekali, anda harus tentukan nilai keuntungan yang ingin anda capai dalam tempoh satu bulan. Sebagai contoh, katakanlah anda target keuntungan sebulan adalah RM1400.
Kemudian, dapatkan nilai keuntungan per unit. Sebagai contoh keuntungan untuk satu helai tudung sekolah adalah RM7.
Formula kiraannya adalah:
RM1400 (jumlah target keuntungan) ÷ RM7 (untung seunit) = 200 unit
Dalam sebulan ada 31 hari.
Jadi, 200 unit ÷ 31 hari = 6 unit (sehari)
‘Magic Number’ anda adalah 6
Dalam sehari, anda hanya perlu menjual 6 unit produk sahaja untuk capai nilai keuntungan yang anda mahukan pada akhir bulan.
Bila sudah jelas dengan ‘Target‘ anda, barulah mudah untuk melaksanakan tugas untuk mencari pelanggan.
Lagi seronok jika satu pelanggan sahaja anda dapat menjual 6 unit sekaligus. Selesai ‘Target‘ untuk hari tersebut. Mudah bukan?
Anda juga boleh mengaplikasikan kaedah kiraan ini untuk tempoh waktu yang berbeza seperti kiraan mingguan atau tahunan.
Semoga ianya sedikit sebanyak membantu anda.
Jika kita tiada target, kita tiada arahtuju dan kita akan sentiasa rasa stress dalam berniaga.
Apabila dah ada magic number, baru kita akan berusaha untuk capai target harian tersebut dan ianya lebih jelas.
Lebih bagus anda print dan tanpal di rumah anda besar-besar, ianya ibarat arah pelayaran anda.