bunting dan flyers 2023

Alhamdulillah kita dah siap design Bunting dan Flyers 2023 bagi menghadapi peperangan Back to School 2023 yang sudah semakin terasa bahangnya 😊

Sedar tak sedar dah nak masuk November dan ini bermakna masa kita semakin suntuk.

HQ TudungSiComel ada juga sediakan Bunting dan Flyers khas untuk Rakan Niaga TudungSiComel bagi membantu memudahkan rakan-rakan berniaga.

Bunting dan Flyers 2023

Dengan adanya bunting dan flyers, ianya dapat membantu kita untuk target kepada market offline.

Sedang kita semua sibuk dengan online, jangan kita lupakan dengan market offline yang sangat besar.

Di mana boleh saya edarkan flyers tudung sekolah?

Antara tempat-tempat yang boleh anda edarkan flyers adalah:

✔️ Paling best adalah di hadapan sekolah semasa ibu bapa sedang hantar dan ambil anak di sekolah. Nampak jer prospek ada anak perempuan, boleh terus hulurkan flyers.

✔️ Masukan ke dalam surat khabar. Di kedai-kedai runcit atau penjual paper tepi jalan, biasanya boleh bayar sedikit kepada mereka untuk mereka bantu masukan ke dalam suratkhabar yang mereka jual.

✔️ Di peti surat kondominium, rumah taman dan apartment.

✔️ Semasa anda ke super market, boleh selitkan juga di ruangan parking kereta.

✔️ Sambil jalan-jalan, terjumpa keluarga ada anak perempuan, hulurkan sahaja. Sentiasa bawa flyers ke mana-mana. Masukan ke dalam handbag hehe… kita ada flyes size kecil A6 juga (double sided).

✔️ Beri kepada rakan-rakan sekerja, kawan-kawan, jiran-jiran di taman dan saudara mara. Lebih mudah ada katalog flyers untuk terangkan produk kita. Tak perlu nak terangkan lebih-lebih, just hulurkan sahaja flyers, semua maklumat produk ada… mudah hehe.

✔️ Bagi pada anak-anak suruh edarkan pada kawan-kawan di sekolah.. belajar berniaga dari kecil hehe.

✔️ Upah orang untuk bantu edarkan. Biasanya ada banyak servis mengedarkan flyers. Boleh google bagi lokasi berdekatan anda. Survey juga di Facebook servis penghantar flyers yang boleh dipercayai dan boleh membantu anda untuk edarkan di lokasi yang anda inginkan seperti di sekolah-sekolah.

servis mengedar risalah flyers 1
servis mengedar risalah flyers 2

Mudah, upah jer orang pun boleh hehe…

soft copy Flyers dan Bunting 2023

Flyers dan bunting ini, rakan-rakan boleh tempah melalui HQ TudungSiComel ataupun boleh juga print sendiri.

Jika rasa print sendiri lebih mudah, HQ juga akan kongsikan soft copy design flyers dan bunting.

Nanti boleh pergi ke mana-mana kedai printing dan bagi sahaja design yang HQ telah sediakan.

Tapi jika rasa tempah dari HQ lebih jimat sebab kita akan print secara pukal beramai-ramai, boleh buat tempahan secara pre-order.

APA ISTIMEWANYA FLYERS KITA?

Keistimewaan Flyers kita tahun 2023 adalah ianya didatangkan dengan 2 saiz istimewa iaitu A5(double folded) dan A6 (double folded).

Size A6 lebih kecil dan pastinya lebih jimat. Selain itu ianya mudah dibawa ke mana-mana. Simpan jer dalam handbag, jumpa sahaja prospek boleh terus hulurkan.

Bunting dan Flyers TudungSiComel 2023 2
Bunting dan Flyers TudungSiComel 2023 3

tempahan pre-order

Untuk membuat tempahan Pre-Order, boleh klik pada butang di bawah:

Semoga usaha kita ini membuahkan hasil.

Kita berusaha dengan kadar yang termampu, selebihnya kita serahkan dan tawakal kepada Allah swt, tuhan yang mentadbir sekalian alam.

KOMISEN AFFILIATE TUDUNGSICOMEL

Leave a Comment