CARA SETTING FACEBOOK ADS KE WHATSAPP

Terus terang saya cakap, kalau HQ sendiri buat posting iklan biasa tanpa ads berbayar, nak dapat seorang customer sehari pun agak sukar

Penafian: Rezeki adalah dari Allah bukan dari ads. Ini hanyalah usaha, seperti kita sakit dan berusaha pergi ke hospital. Usaha adalah sunatullah.

Apa yang saya perasan, Facebook tak berapa suka kalau kita buat posting iklan biasa tanpa buat ads berbayar.

Kalau posting berbentuk iklan, view dan reach akan sangat rendah berbanding posting biasa.

Jadi jika rakan-rakan betul-betul nak serius jana pendapatan melalui Online, nak tak nak terpaksa juga engage ads berbayar. Tak kisah samaada Facebook ads, Shopee ads, Tiktok ads dan sebagainya.

Buatlah, walau sehari budget RM10 pun dah ok dah… dapat seorang pelanggan beli 3 helai pun dah pulang modal dan dapat untung juga.

POTENSI KEUNTUNGAN

Ini saya tunjuk contoh hasil salah satu ads yang saya sendiri buat untuk sehari melalui Facebook ads.

image 5

Untuk RM16 pelaburan kos iklan, ada 16 orang prospek yang whatsapp kita bertanyakan produk untuk membeli.

Bayangkan jika 10 orang menjadi pelanggan kita, dan setiap mereka membeli purata 3 helai tudung, ini bermakna total 10 orang x 3 helai = 30 helai akan terjual.

Keuntungan sehelai tudung sekolah awning scuba adalah RM7.00

Jadi untuk 30 helai, keuntungan kasarnya adalah 30 helai x RM7.00 = RM210.00 😊

Berbaloi tak laburkan RM16 dan dapat pulangan RM210.00 sehari?

Kalau 30 hari consistent? RM210.00 x 30 hari = RM6300.00 sebulan.

Ok la kan jana pendapatan sambil – sambil di rumah.

MACAM MANA CARA NAK SETTING FACEBOOK ADS NIE?

1. Ini saya tunjukan cara setting Facebook ads, cara setting interest dan tarik prospek untuk whatsapp kita. Simple jer hehe…

image 12

Ralat:

Sedikit kesilapan penerangan di video kita. Bahagian Greeting text adalah ucapan kita kepada pelanggan dan bukannya ucapan pelanggan kepada kita. Contoh yang betul adalah;

“Salam puan, saya Fara dari TudungSiComel, boleh saya bantu puan?”

2. Berikut adalah cara setting semula Facebook People Who Match InterestKLIK SINI

3. Jika anda belum ada Facebook page, boleh belajar buat DI SINI.

4. Ini penting! Kalau pelanggan ramai whatsapp kita, tapi cara kita jawap tak betul, rugi sahaja nanti. Ini saya kongsikan cara melayan pelanggan dengan betul di whatsapp, in shaa Allah – KLIK SINI

CADANGAN IKLAN

Dari pemerhatian saya, copywriting jenis straight to the point dan single image yang ringkas akan generate conversion yang lebih baik (wallahu a`lam).

Ini contoh setting iklan kita yang convert. Ayat iklan pendek dan tak panjang lebar sangat (mungkin orang malas nak baca panjang-panjang).

Letak info harga terus sebab ramai yang fed-up kalau peniaga buat iklan tak letak harga. Kita sendiri pun tak suka iklan produk yang kena PM dahulu untuk tanya harga kan?

image 10
Ayat copy straight to the point
image 9
Single image yang ada point info feature dan benefit.

Tak perlu pening-pening, boleh dapatkan koleksi gambar dan copywriting harian kita DI SINI

PENUTUP

Best kan kalau pelanggan whatsapp kita tak putus-putus macam nie 😊

image 17
image 18
hasil whatsapp customer dari setting facebook ads
image 7

Sekian, semoga ilmu cara setting facebook ads nie membantu rakan-rakan berjaya… cuba la…

KOMISEN AFFILIATE TUDUNGSICOMEL

Leave a Comment