Masa kita setting facebook ads, kita akan perasan bahagian ‘People Who Match Interest’ nie telah di auto setting kan oleh facebook.
Tapi sebenarnya kita boleh jer edit ikut kesesuaian target audience kita.
Contohnya jika kita jual tudung sekolah, takkan lah kita nak target audience ‘football fan’ pulak kan?
CARANYA MUDAH SAHAJA
1. Layari page kita dan klik pada icon ads manager.
2. Kemudian klik pada menu Manage.
3. Kemudian scroll hingga bawah dan klik pada menu Tools: Your Preference.
4. Anda akan nampak menu Audience Interest, kemudian klik Edit. Sekiranya ini first time anda setting, mungkin anda akan diminta isi butiran bermula dari Location satu persatu. Jangan risau, isi sahaja hehe…
5. Kemudian, edit la ikut kesesuaian. Untuk page yang menjual tudung sekolah, kita sarankan setting interest seperti parent, school, uniform, hijab… yang berkaitan. Hanya boleh isi 10 interest sahaja.
Tujuan kita setting ini supaya iklan kita akan ditarget kepada target yang lebih tepat.
Sekian, semoga ianya membantu.
Terbaik.. terima kasih en shah 💕
Sama-sama puan Lynn ^_^
Sangat membantu terimakasih En Syah😊
Sama-sama puan ^_^