Terbaru – Facebook Page Dah Ada Feature Macam Facebook Profile

Tahukah anda bahawa kini kita dah boleh gunakan facebook page kita seperti facebook profile.

Kita boleh follow friends dan komen di profile dan page yang kita follow.

Apa yang menariknya, facebook page lebih banyak feature untuk tujuan berniaga berbanding personal profile.

Kita boleh create page banyak-banyak dalam satu profile ikut jenis perniagaan kita.

Barulah nampak professional… takda la dalam satu page jual macam-macam… rojak.

CREATE FACEBOOK PAGE KHAS UNTUK TUDUNG SEKOLAH

Boleh la create satu page khas untuk menjual tudung sekolah kita. Nama page disarankan ada keyword Tudung Sekolah di bahagian hadapan.

Contoh nama page “Tudung Sekolah TudungSiComel – Faridah”

Ini penting sebab apabila prospek search tudung sekolah di facebook, page kita akan tersenarai.

facebook page tudung sekolah

MACAM MANA NAK GUNAKAN FACEBOOK PAGE SEBAGAI PROFILE?

1. Layari facebook profile anda. Kemudian klik pada butang 3 line bucu kanan atas.

facebook

2. Kemudian klik dropdown button.

facebook dropdown

3. Kemudian pilih page mana yang anda nak gunakan. Jika anda ada banyak page, boleh la pilih.

3. Facebook Page

4. Kemudian add la friend atau like mana-mana page yang berpotensi menjadi pelanggan anda. Komen la pada posting mereka.

Jika mereka selalu nampak kita komen dan support mereka, manatau mereka tergerak hati nak klik pada page kita dan tengok produk yang kita jual. Gitewww…

4. Facebook Page

BOOST POST

Mana-mana post yang nampak berpotensi dan banyak engagement, boost la ads.. sehari RM10 – RM15 pun dah ok dah, jangan lupa target Get More Whatsapp ya.

So far saya buat ads target more whatsapp, memang banyak customer whatsapp… alhamdulillah.

Mungkin sebab mudah… orang malas nak masuk web dan order online, ada yang lebih suka sembang-sembang sebab lebih santai.

1. Klik butang BOOST POST di bahagian bawah posting yang nak di boost kan.

image 38

2. Pilih button Send WhatsApp Messege supaya apabila prospek klik pada iklan, mereka akan dapat wasap kita.

image 40

Selamat mencuba dan selamat meroket 😊

KOMISEN AFFILIATE TUDUNGSICOMEL

Leave a Comment