“Alaa dia boleh la dapat sale banyak sebab dia dah lama berniaga…“
Kita kadang-kadang tak sedar, kita dah ada jawapan kepada kunci kejayaan … “lama berniaga”. 😅
Berniaga apa sekalipun, pasti ambil masa yang lama untuk mendapatkan hasilnya. Jarang kita dengar orang baru berniaga 1-2 tahun terus berjaya… jarang sangat-sangat. Tambah-tambah baru 5-6 bulan berniaga, hampir mustahil.
Berniagalah apa produk sekalipun, semuanya pasti ambil masa yang lama sebelum kita boleh merasa hasilnya.
Kenapa ada yang berjaya dan ada yang tidak?
Salah satunya sebab ‘tak sabar nak berjaya’… asyik bertukar-tukar business sahaja… kejap jual itu, kejap jual ini… lepas tue stress tengok kawan-kawan lain berjaya.
FOKUS! FOKUS! dan FAKUS!
Kumpulkan sepenuh tenaga dan masa kita kepada perniagaan sediaada. Belajar dan tambah ILMU online marketing.
Jika sehari kita belajar 1 ilmu, setahun dah 365 ilmu dah… kalau 10 tahun dah 3650 ilmu marketing kita belajar. Dah boleh jadi master 😁
Jangan asyik bercakap “Alaa aku tak pandai la online marketing…”. Ingatlah, nenek umur 91 tahun pun boleh dapat ijazah tau… nak tak nak sahaja 😃
https://www.hmetro.com.my/global/2017/08/252457/nenek-91-tahun-genggam-ijazah
Apa-apapun, jangan mudah putus asa… in shaa Allah, belakang parang sekalipun, jika diasah setiap hari, pasti tajam juga… cuma ingatlah, semua kejayaan perlukan masa yang lama! (dan pastinya dengan izin dan ketentuan Allah swt jua).
Wallahu a`lam dan salam kejayaan! 💪 😃