“Saya beli tudung awning scuba setahun yang lepas tapi kenapa materialnya semakin mengembang .. kenapa ya?”
Untuk makluman, material lycra nie sifatnya bergetah dan meregang 😃
Jadi adalah normal lama kelamaan ianya akan mereput, kurang sifat memeri dan akan mengembang.
Akan lebih cepat mengembang apabila terlalu kerap terkena haba panas contohnya dryer dan disidai pada suhu yang terlalu panas dengan kerap.
Cuba anda semak gelungan getah ikat bungkusan makanan lama yang terdedah dengan suhu panas, pasti ada yang dah reput dan apabila ditarik mudah putus kan?
Begitulah sifatnya lycra.
Walaupun kita tahu lycra ini jenis meregang, selesa dan mudah dipakai, namun tak dapat nak dinafikan yang ianya juga sejenis material yang agak sensitif kepada haba dan mempunyai jangkahayat yang pendek
Namun dengan penjagaan yang baik, in shaa Allah akan bertahan lebih lama.
Namun sekiranya dalam masa kurang dari 180 hari ianya rosak, boleh hubungi admin, kita hantar tudung baru sebagai gantian.
Begitulah ceritanya 😀