Kepada rakan-rakan yang menjual di Shopee, Lazada Dan TikTok, mohon selalu untuk semak di bahagian Products Listing anda supaya dapat tahu apa rekomendasi terkini dari pihak Shopee, Lazada, dan TikTok untuk improvekan listing anda.
Ini penting supaya listing produk anda berpotensi disenaraikan di page hadapan Marketplace bagi Shopee, Lazada dan Tiktok.
Sebagai contoh yang kita akan kongsikan ini adalah kemaskini rekomendasi di bahagian produk shopee anda.
Seperti paparan gambar diatas, anda perlu kemaskini bahagian add size chart dan Adopt the color or size variation.
Untuk Adopt the color or size variation, anda hanya perlu edit(klik pada icon pensil) pada perkataan ‘warna’ dan ‘saiz’ kepada bahasa ingeris sahaja… tukar warna kepada COLOR dan saiz kepada SIZE.
Untuk Add size chart pula, anda boleh rujuk panduan di bawah:
1. Template
Ada dua bahagian yang perlu anda isi yang pertama adalah template, anda klik pada kotak add new size chart dan isi seperti butiran yang kita sertakan pada gambar di bawah dan klik save.
Size chart name rakan-rakan boleh isikan nama berdasarkan produk tersebut.
Anda boleh letak 1 saiz sahaja sebagai syarat.
2. Image
Selepas anda isikan bahagian template, anda perlu upload carta ukuran berdasarkan jenis produk tersebut.
Gambar carta ukuran anda boleh dapatkan di SINI
Seterusnya anda hanya perlu lengkapkan lagi apa yang dicadangkan oleh pihak shopee.
Selepas anda lengkapkan apa yang dicadangkan, akan keluar seperti paparan gambar dibawah.
Sama juga untuk Tiktok dan Lazada, anda boleh semak juga pada listing anda. Mungkin ada juga listing yang perlu anda optimize kan.
Jika ada perkara yang anda kurang jelas, boleh bertanya di Group Support Whatsapp kita, in shaa Allah kita ramai-ramai bincang dan bantu anda😃
Mudah sahaja kan dan selamat mencuba 🥰