Antara sebab kita galakkan rakan-rakan buat Live di Tiktok adalah kerana pihak Tiktok ada menyediakan banyak Vaucher yang boleh ditebus oleh kita sebagai seller untuk diberikan kepada pelanggan-pelanggan kita.
Untuk dapatkan vaucher-vaucher tersebut, kita perlu selesaikan Mission yang pihak Tiktok lancarkan. Ini salah satu contoh Mission yang perlu kita buat(mungkin berbeza dari masa ke semasa).
Mission ini kita perlu buat live sekurang-kurangnya berdurasi 60 minit sebanyak 2 kali untuk melayakkan kita menebus vaucher RM200.
Setelah selesai buat 2 live berdurasi 60 minit, kita akan terima vaucher tersebut.
Ini adalah vaucher yang diterima.
Best kan?
Kita tak perlu turunkan harga tudung dan kurangkan keuntungan kita. Ini kerana voucher tersebut akan ditanggung oleh pihak Tiktok 🥰
Anda boleh semak tawaran Mission dari masa ke semasa di Tiktok Seller Center anda. Akan sentiasa ada Mission terbaru.
Cuba la. Selamat meroket 🚀