Kenapa Saya Buat Facebook Ads Tak Menjadi?

Saya dah buat facebook ads seperti panduan Cara Setting Facebook Ads ke Whatsapp yang dikongsikan sebelum ini.

Tapi macam tak menjadi la. Saya dah set sehari RM5, tapi hari pertama cuma seorang jer wasap saya. Kenapa ya?

Citernya gini… apabila kita tekan butang boost post tue, actually Facebook dia bukan terus kenal siapa pelanggan kita. Dia perlukan masa.

pexels brett jordan 5426402

Facebook perlu masa untuk belajar, facebook akan try and error dan buat split test juga dalam masa nak mencari audience yang paling sesuai dengan produk kita.

Dia akan hantar iklan kita kepada banyak audience dan interest yang kita pre-set semasa setting ads dan dia akan cuba belajar dari situ.

FACEBOOK ADS LEARNING PHASE

Ini dipanggil Facebook Ads Learning Phase… fasa Facebook nak study audience kita. Ada juga yang memanggilnya sebagai fasa ads warm up.

facebook ads

Ya lah kan, tiba-tiba kita upah orang untuk edarkan flyers produk kita… dia mesti nak cuba bantu kita edarkan pada audience yang sesuai dengan produk yang kita jual.

KENAPA 7 HARI?

Kita kena la bagi masa kat Facebook;

“Ok Mat Zuki, nie akak punya flyers, akak jual tudung sekolah, akak upah hang pi edarkan dan cari tengok sapa yang berpotensi nak beli tudung sekolah akak nie… Hang jangan la bagi kat mat rempit, kaki isap dadah pulak… hang pi study dulu sapa yang sesuai ya… janji akak dapat sale

Lepas tue Mat Zuki kata;

“Baik akak, bagi saya masa 7 hari ya…”

Kita pun kata kat Mat Zuki;

“Awat lama sangat?”

Mat Zuki pun balas balik;

“Akak, orang masuk unibersiti pun 3-4 tahun belajar baru jadi pandai!”

Kita pun;

“Ok ok ok hehe… akak serahkan pada kepakaran hang lah kalau macam tue hehe… “

image 15

So kita bagi la dia sedikit masa untuk cari betul-betul siapa yang sesuai.

TAK DIGALAKAN UBAH-UBAH SETTING

Tapi dalam masa 2-3 hari pertama tue tak digalakkan kita ubah-ubah setting kalau tak perlu. Sebab nanti Facebook pening hehe… kejap suruh target sini, kejap target sana.

facebook avoid unnessary edit
facebook avoid unnessary edit 2

Tapi kalau rasa memang silap setting dan perlu edit, itu terpaksa lah kan. Cuma kalau rasa setting dah betul, tapi 2-3 hari pertama macam engagement teruk, bagi dia sehari dua lagi ya.

BUAT 2-3 ADS SERENTAK DAN LIHAT MANA YANG LEBIH PERFORM

Buatlah 2-3 ads secara serentak untuk test juga copywriting dan gambar mana yang mendapat engagement yang baik.

Boleh dapatkan copywriting dan gambar yang HQ sediakan DI SINI.

Set budget RM5 sehari untuk setiap ads selama 5 hari. Kemudian dalam masa 3-4 hari kita tengok ads mana yang prestasi bagus kita teruskan dan mana yang kurang bagus kita pause / delate sahaja.

FORMULA 30%

Ulang langkah ini untuk dapatkan beberapa lagi ads yang prestasi baik.

Jika nampak ads tue bagus, tambah la budget sehari. Tapi digalakkan dalam gandaan +30%

Contohnya sekarang kita set RM10 sehari, dan kita nak gandakan jangan terus letak RM30. Nanti Facebook terkejut hehe.

RM10 +30% = RM13 . Kalau bagus setiap minggu tambah +30% lagi dari kos semasa.

Kenapa digalakkan 30% sahaja setiap kali penambahan?

Saya pun tak pasti, tapi itu yang dicadangkan oleh pihak Facebook sendiri.

Mungkin Facebook taknak sistem dia terkejut tiba-tiba tambah budget besar, nanti dia kena study semula.

JANGAN LUPA LETAK TERUS HARGA DAN DETAIL PENTING

Sangat disarankan untuk letak juga harga pada copywriting kita supaya hanya pelanggan yang betul-betul setuju dengan harga yang kita tawarkan sahaja hubungi kita.

Jangan buang masa dengan pelanggan yang tak sesuai sekadar bertanya harga.

Kita mudahkan Facebook ads untuk mencari prospek yang betul-betul sesuai dengan harga yang kita tawarkan. Jangan risau, facebook tahu siapa yang sesuai.

Saya tak pernah lagi nampak iklan-iklan kereta Ferrari atau Lambogini lalu di wall saya… sebab apa? Sebab Facebook pun tahu bazir sahaja dia hantar iklan kepada saya hehe.

Facebook cari orang yang sesuai… kita bantu Facebook untuk spesifik kan audience kita.

RINGKASAN

Buat ads nie sangat penting. Cuma kita kena setting dulu dalam minda, apa-apa bentuk marketing sekalipun, kadangkala menjadi dan kadangkala mungkin tak. Itu perkara biasa.

Business memang begitu, bukan senang nak senang hehe…

Ok itulah secara ringkasnya hehe… semoga mudah faham… kalau nak baca lanjut, boleh klik butang di bawah:

Apa-apapun, ini sekadar usaha kita. Segalanya kita serahkan pada Allah… wallahu a`lam

KOMISEN AFFILIATE TUDUNGSICOMEL

2 thoughts on “Kenapa Saya Buat Facebook Ads Tak Menjadi?”

Leave a Comment