Tiktok Shop sekarang menjadi salah satu platform menjual yang tengah hangat sekarang.
Disebabkan semakin ramai penjual yang mula menjual di Tiktok, produk yang kita dah pamerkan di Tiktok Shop akan menjadi sukar untuk dilihat oleh orang lain .
Ini bermakna kita perlu menjadi lebih kreatif dengan menjual secara promosi. Promosi yang kita boleh sertai adalah ‘Flash Sale‘ .
‘Flash Sale‘ adalah merupakan promosi potongan harga mengikut peratus yang sesuai diberikan oleh seller.
Jadi mesti anda tertanya – tanya macam mana nak setting ‘Flash Sale‘ di Tiktok Shop ni?
Cara Setting Flash Sale di Tiktok
1. Buka akaun Seller Center.
2. Klik pada bahagian ‘Promotion‘ di sebelah kiri dan pilih ‘Promotional Tools‘
3. Pilih promosi ‘Flash Deal‘ dan klik ‘create’ untuk kita hasilkan promosi ‘Flash Sale‘
4. Masukkan tarikh tempoh bagi ‘Flash Sales‘ ini akan berlangsung.
5. Pilih produk yang nak diberikan promosi ‘Flash Sales‘ masukkan jumlah discount dan klik ‘Agree & Publish‘ .
Itu sahaja cara untuk setting flash sale bagi produk yang anda jual di Tiktok. Nanti harga promosi itu akan memaparkan seperti gambar di bawah ini.
Semoga dapat membantu semua! Selamat meroket bersama TudungSiComel 😘