Panduan Melayan Pelanggan Menerusi whatsapp

Kita ada sediakan panduan melayan pelanggan menerusi whatsapp agar dapat membantu memudahkan Rakan-rakan Dropship TudungSiComel closing sale.

Anda boleh sesuaikan juga dengan produk-produk lain. Ini hanyalah cadangan dan mungkin akan berubah mengikut keadaan.

Anda boleh dapatkan juga maklumat setiap produk di Telegram dan juga di Shop kita.

2 jenis manusia

1. Suka cepat dan lebih selesa beli melalui web seperti shopee.
2. Suka dilayan untuk meyakinkan diri mereka sebelum menyerahkan duit kepada penjual.

Jadi, mereka yang whatsapp kita adalah mereka yang suka dilayan seperti ‘manusia’.

Mereka nak yakinkan diri mereka samaada kita ini seorang penjual yang boleh mereka percayai ataupun tidak. Maklumlah, zaman sekarang nie ramai scammer.

Namun jangan terlalu melayan sehingga menjengkelkan pula. Sedang-sedang sahaja namun jangan lupa sertakan juga emogi senyum untuk ‘turn on the positive vibe’.

Manusia lebih mudah membeli dari penjual yang boleh membuatkan mereka rasa yakin.

Panduan Melayan Pelanggan Menerusi whatsapp

Langkah Melayan Whatsapp Pelanggan

*Kita anggap prospek ini hubungi kita menerusi iklan Tudung Sekolah Awning Scuba yang kita buat. Dalam copywriting iklan tersebut kita juga sudah nyatakan harga.

1. Apabila ada pelanggan memulakan whatsapp dengan anda. Beri salam dan kenalkan diri terlebih dahulu. Kemudian confirm kan jenis tudung sekolah yang beliau cari.

Salam puan, saya Ema, Wakil Jualan Sah TudungSiComel 😊

Boleh saya tahu puan cari tudung sekolah jenis apa?

2. Setelah beliau maklumkan jenis tudung sekolah yang dicari, kemudian tanyakan pula warna tudung sekolah yang beliau perlukan.

Terima kasih puan, boleh saya tahu warna tudung yang puan perlukan?

Kita ada hampir semua warna tudung sekolah. Ini saya kongsikan koleksi warna kita untuk pilihan puan 🥰

(2. kongsikan gambar kod warna tudung sekolah)

Warna tudung sekolah leksi

3. Setelah beliau buat pilihan warna, kemudian tanya pula umur anak beliau untuk kita cadangkan saiz yang sesuai.

Jika tak keberatan boleh saya tahu umur anak puan untuk saya cadangkan saiz yang sesuai? 😃

4. Setelah beliau kongsikan umur anak beliau, cadangkan saiz yang sesuai mengikut carta saiz yang kita sediakan.

Terima kasih puan, untuk umur 7 tahun dan jika saiz badan beliau bersaiz biasa rakan sebaya, in shaa Allah saiz SS sesuai puan.

Namun jika berbadan sedikit besar, boleh cuba saiz S juga. Ini saya kongsikan carta saiz untuk rujukan puan 😃

Puan jangan risau, kita ada jaminan 180 hari. Jika tak sesuai kita boleh buat pengantian semula dengan saiz yang sesuai secara percuma. 🥰

(4.a kongsikan gambar carta saiz, ukuran)

CARTA SAIZ SIZE CHART TUDUNG SEKOLAH AWNING LEMBUT AWNING SCUBA

(4.b kongsikan juga gambar carta saiz, berat dan tinggi)

standard tinggi dan berat kanak kanak serta cadangan umur 2

5. Setelah beliau confirm kan, tanyakan pula jumlah helai bagi setiap saiz dan warna yang beliau ingin tempah.

Terima kasih puan. Boleh saya tahu untuk setiap saiz dan warna, puan nak tempah berapa helai? 😊

6. Setelah beliau berikan butiran tudung yang ingin ditempah, minta pula alamat beliau.

Boleh saya dapatkan sedikit butiran puan untuk saya kirakan postage dan uruskan tempahan puan. 😊

Nama:
Alamat:
No Telefon:

7. Setelah dapat alamat, semak kos postage dan cadangkan kepada beliau berdasarkan pilihan yang ada di web. Boleh rujuk panduan semak kos postage DI SINI.

Ini saya kongsikan beberapa syarikat kurier yang available dan kos postage semasa. Kos postage yang tertera adalah termasuk kos pengurusan tempahan juga.

(7. screenshot postage yang tertera di web)

image 2

8. Setelah beliau buat pilihan kurier. Berikan maklumat butiran lengkap tempahan beliau untuk semakan.

Terima kasih puan. Ini butiran tempahan puan untuk semakan 😊

MAKLUMAT TEMPAHAN

1. Tudung Sekolah Awning Scuba Putih Nila 3 helai, RM19.90 x 3 = RM59.70

2. Tambahan Inner Rainbow Putih Nila 2 helai, RM5.90 x 2 = RM11.80

Kos Postage J&T = RM15.20

Jumlah keseluruhan: RM86.70 sahaja puan. 🥰

ALAMAT PENGHANTARAN
Nama: Puan Syarifah binti Ali
Alamat: PO Box 1234, Kota Kinabalu, Sabah
No Telefon: 012-3456789

—————————-

MAKLUMAT BAYARAN
Puan boleh buat bayaran ke:

Maybank
Syakirah
52552526626262

Jika ada kesalahan, puan maklum ya untuk saya perbetulkannya 😃

Nanti jika puan dah buat bayaran, maklumkan pada saya dan in shaa Allah kita uruskan tempahan puan dan kongsikan Tracking Number pada puan dengan kadar segera ya ❤

Terima kasih puan 🥰

9. Setelah beliau buat bayaran. Ucap terima kasih kepada beliau.

Alhamdulillah, terima kasih puan. In shaa Allah kita akan uruskan tempahan puan dengan segera dan nanti dah ada tracking number saya kongsikan dengan puan ya 😃

Sekarang musim ‘peak time’ tempahan tudung sekolah, jadi proses pembungkusan mungkin mengambil sedikit masa dalam 2-4 hari bekerja. Namun in shaa Allah kita akan cuba usahakan secepat mungkin.

Terima kasih puan 🥰

9. Setelah tempahan diproses dan telah terima tracking number daripada HQ, kongsikan tracking number tersebut pada pelanggan tersebut.

TRACKING NUMBER

Salam puan, kita dah bungkus tempahan puan. Ini saya kongsikan tracking number tempahan puan untuk rujukan.

Kurier: J&T
Tracking: 5252525252525

Semoga tempahan puan selamat sampai dan semoga anak puan selesa dan gembira dengannya juga nanti.

Namun jika puan hadapi sebarang masalah, puan maklum kan pada saya ya. Kita ada Jaminan Istimewa 180 hari, in shaa Allah saya bantu puan 😃

Terima kasih puan 🥰

Itu sahaja, mudah kan? 😊

Selamat meroket hehe

KOMISEN AFFILIATE TUDUNGSICOMEL

Leave a Comment