Panduan tebus coins dan rewards

Bagi menghargai rakan-rakan usahawan, kita di HQ ada menyediakan program coins dan rewards. Untuk setiap sen yang anda belanjakan, anda akan dihadiahkan dengan coin istimewa yang boleh ditebus kepada kod kupon.

Anda boleh gunakan kod kupon tersebut semasa anda membuat tempahan kelak. Lebih jimat 🥰

A. penerangan dashboard coins / rewards

1 1

Anda boleh menyemak coins terkumpul dan level semasa anda di Dashboard anda.

1. Available Coins

  • Paparan jumlah dan baki coins terkumpul yang diterima berdasarkan tempahan yang telah dibuat di sistem (completed / shipped)
  • Jumlah coins dikira berdasarkan RM0.01 sen bersamaan 1 coins, sebagai contoh jumlah tempahan sebanyak RM400 bersamaan 40000 coins.

2. Redeemed Coins

  • Jumlah coins yang telah anda tebus akan tertera dipaparan tersebut

3. Level

  • Jumlah coins yang diterima akan menentukan level semasa anda. Sebagai contoh 1 coins hingga 40000 coins adalah level 1, selepas 40001 ke atas akan masuk ke level 2 dan begitulah juga untuk seterusnya.

4. My rewards

  • Anda akan menerima dua jenis rewards:
    a. Rewards berdasarkan jumlah coins terkumpul.
    b. Rewards berdasarkan pencapaian level anda.

B. Cara Tebus Coins

Langkah 1 – Klik pada menu Coins & Rewards di Dashboard anda. Semak pada ruangan My Rewards samaada anda ada menerima sebarang rewards terkini. Jika ada klik pada button Redeem Now dengan segera sebelum rewards anda tamat tempoh.

image 43

Langkah 2 – Setelah anda klik butang redeem now, akan tertera seperti paparan dibawah. Ada dua cara untuk penebusan kupon:

  • Copy & Paste kod kupon – Anda boleh copy kod kupon yang tertera dan semasa anda membuat tempahan, pastekan pada ruangan kod kupon di page check-out.
  • Penebusan secara direct – Apabila anda klik pada butang “apply coupon”, secara automatik kupon tersebut akan aktif pada tempahan yang akan anda buat.
image 44

C. Pengiraan Coins & rEWARDS

image

Berikut adalah pengiraan jumlah coins dan reward semasa. Anda juga boleh semak di dashboard Coins & Rewards anda.

Jika ada perubahan kita akan update di sana dan akan umumkan di group pengumuman.

Untuk menebus anda perlu berusaha untuk cukupkan coins sebelum ia tamat tempoh.

Nota:
1. Coins dan rewards adalah hak milik HQ TudungSiComel sepenuhnya. HQ tidak akan bertanggungjawab sekiranya sistem ada sebarang masalah yang melibatkan kehilangan coins terkumpul anda. Program Rewards ini hanyalah program tambahan dari pihak HQ sahaja.

2. Anda digalakkan untuk menebus coins secepat mungkin setelah anda layak menebusnya.

3. Program Coins & Rewards bermula pada 1 September 2023.

Terima kasih dan selamat meroket 😊

Updated: 20/9/2023





KOMISEN AFFILIATE TUDUNGSICOMEL

Leave a Comment