Panduan upload video di shopee / lazada / tiktok

Perasan tak, jika kita nak beli barang di Shopee / Lazada / Tiktok, kita akan lebih yakin nak membeli dari listing produk yang ada penerangan dalam bentuk video berbanding yang sekadar hanya gambar produk sahaja.

Video dalam listing produk sangat membantu menambahkan keyakinan pelanggan untuk membeli produk kita tau.

Jadi, di sini kita ada sediakan video-video yang rakan-rakan boleh upload pada listing produk anda.

Untuk video-video produk, rakan-rakan boleh download melalui channel telegram khas yang kita sediakan dengan klik pada button di bawah.

Kita akan update video terbaru dari masa ke semasa juga in shaa Allah.

Panduan upload video di Shopee

1. Log in ke akaun seller centre anda, kemudian klik pada my product dan seterusnya klik edit pada produk yang anda nak masukkan video.

image 35

2. Seterusnya, klik add video untuk upload video yang telah anda download dari channel telegram mengikut jenis produk dan format video shopee.

3. Setelah berjaya upload boleh klik button update.

image 28

Panduan Upload Video di Lazada

1. Log in ke akaun seller centre anda, kemudian klik pada manage product dan seterusnya klik edit pada produk yang anda nak masukkan video.

image 29

2. Seterusnya, klik add video untuk upload video yang telah anda download di channel telegram mengikut jenis produk dan format video lazada.

3. Setelah berjaya upload boleh klik button submit.

image 30

4. Untuk Lazada, bagi video produk yang di upload akan mengambil masa selama 3 hari untuk direview oleh pihak Lazada sebelum dipublishkan.

Panduan Upload video di TikTok

1. Log in ke akaun TikTok seller centre anda, kemudian klik pada manage product dan seterusnya klik edit pada produk yang anda nak masukkan video.

image 31

2. Seterusnya, klik video untuk upload video yang telah anda download dari channel telegram mengikut jenis produk dan format video Tiktok.

3. Setelah berjaya upload, boleh klik button update.

image 34

Mudah sahaja kan & selamat mencuba 🥰

KOMISEN AFFILIATE TUDUNGSICOMEL

Leave a Comment