Bermula 21 Nov 2024, kita telah wujudkan web portal khas untuk Rakan Usahawan(agen) TudungSiComel membuat tempahan.
https://agen.tudungsicomel.com
Kita asingkan dari web utama iaitu TudungSiComel.com agar pengurusan tempahan dan proses membuat tempahan lebih lancar.
Pelanggan biasa akan membuat tempahan di web utama dan anda sebagai agen akan membuat tempahan di web agen.
Web Utama – https://tudungsicomel.com
Web Agen – https://agen.tudungsicomel.com
Namun ianya akan masuk dalam fasa percubaan selama 2 bulan, jika tiada masalah major kita akan teruskan.
Sekiranya anda hadapi sebarang masalah, anda boleh terus maklumkan pada admin Mira dengan segera untuk dibantu.
Mohon baca panduan di bawah untuk lebih faham.
Bermula 21 Nov 2024
Untuk agen yang mendaftar selepas 21 Nov 2024, anda WAJIB membuat tempahan terus di web agen.tudungsicomel.com
Untuk agen yang mendaftar sebelum 21 Nov 2024, anda masih lagi boleh membuat tempahan di web utama untuk habiskan baki kredit wallet dan coins rewards anda. Kita berikan masa sehingga 15 Disember 2024.
Seterusnya semua tempahan untuk pelanggan haruslah dibuat di web portal agen.
Username & Password
Username dan Password untuk masuk ke web agen adalah sama. Anda tidak perlu membuat pendaftaran baru.
Link Affiliate jualan Produk
Sekiranya anda ingin mendapatkan link affiliate untuk promosikan produk secara terus, anda masih boleh login ke akaun web utama seperti biasa dan share link affiliate seperti biasa.
Dashboard dan link affiliate di web utama khas untuk anda kongsikan jualan produk sahaja.
Dashboard dan link affiliate di web agen khas untuk recruitement sahaja.
Kiranya anda ada dua dashboard affiliate berasingan dan kedua-duanya berfungsi seperti biasa.
Komisyen Affiliate
Untuk semak komisyen affiliate untuk recruitement, komisyen jualan anak anda dan senarai list anak, anda boleh rujuk di web agen.
Untuk semak komisyen jualan produk secara terus, anda boleh semak di web utama.
Komisyen affiliate akan terbahagi kepada dua web berasingan dan tidak bercampur.
Wallet
Kredit wallet juga akan terbahagi kepada dua. Kredit di web utama dan di web agen adalah berbeza. Kredit tidak boleh dipindahkan antara web.
Jika anda masih ada baki kredit di web utama, anda boleh habiskan dalam masa yang diberikan.
Lifetime Customer
Lifetime customer anda sebelum 21 Nov 2024 akan turut berada di web agen dan di web utama.
Jika anak-anak anda membuat tempahan di web utama atau agen, anda masih akan terima komisyen seperti biasa.
Namun, jika ada agen baru yang mendaftar di bawah tajaan anda bermula 21 Nov 2024, mereka hanya akan berada di senarai lifetime agen di web agen sahaja.
Semua agen yang mendaftar pada dan selepas 21 Nov 2024, hanya boleh buat tempahan untuk pelanggan di web agen sahaja.
Anda boleh save senarai Lifetime anda dan sekiranya ada sebarang masalah, mohon terus ajukan pada admin Mira untuk dibantu.
Kita hanya akan dapat bantu untuk masalah yang berlaku dalam masa kurang dari 2 hari sahaja, jika lebih kita terpaksa minta maaf kerana tak dapat membantu.
Coins & Rewards
Coins dan reward juga berbeza antara dua web ini. Anda diminta untuk tebus coins anda sebelum 30 Nov 2024 kerana system coins di web utama mungkin akan ditutup.
Coins dan rewards mungkin akan diteruskan di web agen sahaja.
Soalan Lazim?
1. Boleh ke saya transfer kredit wallet saya dari web utama ke web agen?
Maaf, tidak boleh. Anda diberi masa untuk habiskan kredit anda di web utama sehingga 15 Dis 2024. Namun sekiranya kredit wallet anda terlalu banyak melebihi RM1000.00, anda boleh hubungi Admin Mira untuk dibantu.
2. Saya nak buat order borong, di mana boleh saya buat tempahan?
Anda boleh buat tempahan di web agen.
3. Perlu ke saya register baru di web agen?
Tidak perlu, anda boleh login seperti biasa menggunakan username dan password yang sama.
4. Bagaimana jika saya nak share link affiliate untuk promosikan produk?
Anda boleh login ke web utama seperti biasa dan share link seperti biasa. Sekiranya ada pembelian, anda akan terima komisyen di web utama. Anda boleh withdraw seperti biasa.
5. Adakah stok di web utama dan agen sama?
Ya, sama. Stock sync antara dua web ini.
6. Adakah proses untuk recruitement masih sama?
Ya sama. Cuma apabila agen yang nak mendaftar, mereka akan terus dibawa ke web agen untuk pendaftaran. Anda sebagai ibu boleh semak senarai mereka di lifetime web agen anda.
7. Adakah apabila agen baru mendaftar di bawah tajaan saya selepas 21 nov 2024 akan juga tersenarai di web utama?
Tidak. Senarai lifetime agen anda yang mendaftar selepas 21 Nov 2024 akan hanya ada di web agen sahaja. Kita asingkan list lifetime pelanggan biasa dan agen.
8. Apa yang bezakan web utama dan web agen?
Hanya ada tambahan perkataan ‘agen’ sahaja di dalam linknya.
9. Boleh ke saya terus mula membuat tempahan di web agen mulai sekarang?
Boleh. Anda boleh cuba klik link di bawah dan cuba membuat tempahan seperti biasa.
https://agen.tudungsicomel.com/
Sekiranya masih ada sebarang persoalan, anda boleh mengajukan di group support wasap kita.
Kita akan cuba banyakan fungsi khas fokus kepada ‘agen developement feature’ di web agen dan redesign semula web utama agar ianya mesra pelanggan dengan harapan anda sebagai agen affiliate dapat closing lebih banyak sale dengan web utama yang menarik.
Web utama – redesign bagi menarik agar lebih meyakinkan pelanggan terus.
Web agen – simple dan minimalist supaya proses tempahan lancar.
Terima kasih 😊