Promosi Tudung Rejek (PTR)

Tak lama lagi kita akan lancarkan PTR, in shaa Allah. Biasanya waktu begini Nov – Disember, pembelian tudung rejek akan meningkat dan ini sedikit sebanyak akan membantu persiapan kita untuk ‘mencantikkan’ lagi rating shopee shop kita masing-masing 😀

Ini sangat penting agar shop kita bersedia untuk berperang pada musim peperangan Kembali ke Sekolah nanti 🥰

Sehubungan itu juga, HQ TudungSiComel berbesar hati untuk menyumbangkan Subsidi Shopee Ads dan juga Servis Live Host secara percuma untuk Wakil Sah TudungSiComel yang terpilih.

OBJEKTIF

1. Tudung rejek permintaan tinggi, in shaa Allah mampu membantu naikan sale dan rating shop Shopee anda.

2. Rating shop yang baik sebagai persediaan menghadapi peperangan Back to School kelak.

SYARAT UTAMA UNTUK PERMOHONAN SUBSIDI DAN SERVIS LIVE HOST PERCUMA

1. Hanya rakan usahawan yang listing produk rejek menerusi web sync sahaja layak menerima subsidi dan servis live host secara percuma.

2. Anda haruslah menukar semua cover image produk rejek di shopee shop anda dengan gambar baru. Gambar-gambar tersebut boleh diperolehi DI SINI.

image 12 edited

SUBSIDI RM25 SHOPEE ADS

Caranya mudah sahaja, sekiranya anda terpilih;

1. Buat ads sebanyak RM42 dan spend sehari RM6 untuk satu produk yang anda rasakan paling hot selama 7 hari.

2. Setelah cukup 7 hari dan anda dah belanjakan sebanyak RM42, anda boleh claims subsidi ini dengan hubungi Admin Mira dengan disertakan sekali screen shot history ads yang telah dibuat tersebut. Kita akan masukan subsidi yang anda layak ke wallet anda.

Kenapa 7 hari? Kerana biasanya ‘ads baru’ akan ambil masa selama 7 hari untuk ‘learning period’ sebelum mula menampakan hasil yang baik, in shaa Allah.

Untuk memohon, boleh klik form dibawah ini dan lengkapkan permohonan.

LIVE HOST PERCUMA

Selain subsidi shopee ads, HQ juga ingin sponsor servis Live Host untuk mereka buat live di Shop anda selama 1 jam. Namun ada sedikit syarat mudah.

1. Jika anda dipilih untuk mendapatkan servis ini, anda diwajibkan untuk topup coins minimum sebanyak RM20 iaitu bersamaan dengan 2,000 coins semasa sesi live 1 jam tersebut.

2. Tujuan coins tersebut sebagai strategi semasa live tersebut berlangsung untuk menarik ramai penoton menyertai live tersebut.

Jika anda berminat untuk servis Live Host Percuma selama 1 jam bagi produk rejek ini, boleh klik form dibawah ini dan lengkapkan permohonan.

PERMOHONAN AKAN DISEMAK

Permohonan yang diterima akan disemak dan bagi permohonan yang berjaya, admin akan hubungi anda dan maklumkan untuk langkah seterusnya.

Nota: Jika belum sync produk, boleh sync tudung rejek sekarang DI SINI.

FAQ?

1. Soalan: Boleh ke saya jual tudung rejek listing sendiri tidak melalui web sync?
Jawapan: Boleh sahaja, cuma untuk kelayakan pemilihan penerima subsidi ads dan servis live host percuma hanyalah kepada mereka yang sync produk rejek sahaja.|

Kita nak galakkan rakan-rakan untuk sync produk rejek kerana stok rejek agak kritikal, jadi kita kurang galakan anda menjual menerusi listing sendiri.

2. Soalan: Boleh ke saya sync produk rejek sahaja dan produk lain saya guna listing manual?
Jawapan: Boleh sahaja, tiada masalah.

3. Soalan: Boleh ke saya nak spend ads lebih dari RM6 sehari?
Jawapan: Boleh sahaja, cuma setelah ads spend anda melebihi RM42 untuk satu jenis Produk Rejek(sahaja) bermula 7 Nov 2023, anda layak claim RM25 subsidi ads.

4. Soalan: Boleh ke saya mohon untuk subsidi ads dan live host dalam masa yang sama?
Jawapan: Boleh sahaja.

NOTA:

1. Kita sangat sarankan anda untuk perkemaskan dahulu Shop anda sebelum join promosi nie. Boleh rujuk panduan di sini:

https://tudungsicomel.com/usahawan/kenapa-shopee-ads-tak-menjadi/

2. Coins yang anda topup nanti, akan Host Live manfaatkan seperti strategy di bawah:

https://tudungsicomel.com/usahawan/panduan-setting-coin-reward-shopee/

Semoga bermanfaat 😃

KOMISEN AFFILIATE TUDUNGSICOMEL

Leave a Comment