Sekiranya tempahan puan menghadapi sebarang masalah, ini adalah panduan menyelesaikan masalah tersebut. Jangan panik π
Maklumkan pada 011-56493906 (admin) ID Tempahan dan masalah yang berlaku samaada penukaran atau pemulangan.
Wasap mungkin ambil masa nak jawap sebab banyak wasap yang diterima. Namun kita akan cuba membantu secepat mungkin π
Waktu Operasi Isnin – Jumaat / 9pg-6ptg Jika ada masalah mohon maklum awal sebelum jam 5.45 ptg ya.
Jika diluar waktu operasi, boleh maklumkan pada pelanggan yang puan akan semak dengan HQ apabila tiba waktu operasi kelak.
1. Jika penukaran barang(size tak sesuai), kita akan Pos Lajukan terus produk yang ingin ditukar kepada pelanggan tanpa tunggu pelanggan pos pemulangan. Bila pelanggan ada masa kelapangan, pelanggan boleh pos pemulangan semula (pelanggan tanggung kos pemulangan sahaja).
2. Jika pemulangan wang, sila nyatakan masalah dan berikan no akaun puan (Jika boleh Maybank) untuk kita refund semula kepada puan. Kemudian, puan(DS) akan refund pada pelanggan.
3. PENUKARAN – Kos Postage penghantaran baru kepada pelanggan KAMI TANGGUNG, Kos postage pemulangan Pelanggan Tanggung.
4. PEMULANGAN (Masalah kita, tersilap pos dll) – Kos postage pemulangan KAMI TANGGUNG, sila dapatkan kos penghantaran semula dari pelanggan beserta resit bayaran pos untuk tujuan pemulangan wang dan rujukan rekod akaun.
5. PEMULANGAN (KOMPLAIN PRODUK ROSAK/MASALAH) – Jika harga barangan RM40 ke bawah, kita hadiahkan sahaja kepada pelanggan, tak perlu pulangkan. Kita refund terusπ
6. TUDUNG REJEK – Untuk semua tudung rejek, boleh ditukar/ dipulangkan. Namun kos postage pemulangan(untuk dapatkan refund) dan penghantaran semula pelanggan tanggung sebab ini tudung rejek, jadi memang ada masalah itu sebab kita jual rejek heheβ¦ π
Alamat untuk penghantaran item pertukaran ke HQ TudungSiComel :
TudungSiComel.com
SBZ Prima Sdn. Bhd (1212800H)
G-081 (ground floor),
Season Square,
Jalan PJU10/3, Damansara Damai,
47830 Petaling Jaya,
Selangor
Apa-apa keputusan sekalipun, PASTIKAN PELANGGAN GEMBIRA π.
Biar TSC rugi dahulu, yang penting kita untung kemudian π