Letih nak tekan butang Shopee Boost setiap 4 jam? Jangan risau, kita ada cara lebih mudah dan automatik. Ianya Percuma sahaja.
Boost adalah salah satu fungsi untuk menaikkan semula listing kita di shopee ke page-page hadapan.
Ya lah kan, bukan kita sorang sahaja yang listingkan produk di shopee, beribu-ribu produk disenaraikan di shopee setiap hari. Jadi pastinya produk kita akan tenggelam ke bawah / page belakang dengan cepat.
Jadi shopee ada sediakan satu fungsi yang dinamakan Boost supaya listing produk kita akan dinaikkan semula ke page-page hadapan.
Namun kekuranggannya adalah kita tepaksa klik pada butang boost setiap 4 jam sekali. Leceh juga kan…
So ini saya tunjukan panduan bagaimana kita dapat set auto boost setiap 4 jam sekali supaya kita tak perlu buat secara manual.
Saya dah gunakan setting nie rasanya dah setahun lebih, alhamdulillah. Jadi hari nie saya kongsikan dengan rakan-rakan dan semoga bermanfaat.
Set dan tinggal sahaja, mudah kan hehe…
LANGKAH-LANGKAH SETTING FREE SHOPEE AUTO BOOST
1. Layari https://www.bigseller.com/
2. Kemudian Login atau jika belum ada akaun boleh Sign Up secara percuma.
3. Setelah login, kemudian intergrate kan dulu Shopee Shop kita dengan BigSeller.
4. Kemudian klik pada butang Add New Store dan teruskan dengan langkah seterusnya.
5. Setelah Shopee Shop anda berjaya diitergrasikan dengan BigSeller, klik pada menu Product dan kemudian sub-menu Shopee.
6. Kemudian klik pada menu Boost Management.
7. Kemudian boleh Add Product dan boleh add sebanyak 30 produk dalam satu-satu masa.
8. Setelah add product, jangan lupa tekan butang confirm.
Itu sahaja… selamat mencuba ^_^
Step ni percuma ke atau kne buar apa2
Ini percuma puan. Puan boleh refer panduan yang kita kongsikan tersebut 😃