Tujuan skim ini diwujudkan adalah bagi membantu Rakan-rakan Usahawan TudungSiComel(agen) yang kekurangan wang pusingan modal jika menjalankan perniagaan secara dropship di Shopee / Laz / TT.
Ini kerana apabila anda menerima tempahan, anda masih belum terima wang yang dibayar oleh pelanggan dari pihak Shopee / Laz / TT
Anda perlu mendahulukan wang anda untuk membuat tempahan di HQ terlebih dahulu untuk membolehkan proses penghantaran dilakukan kepada pelanggan anda.
Dan pembayaran oleh pihak Shopee / Laz / TT kepada anda mungkin menggambil sedikit masa setelah pelanggan menerima tempahan tersebut.
Jika anda menerima tempahan yang banyak, pastinya anda memerlukan modal awal yang agak besar.
Bagi menyelesaikan permasalahan ini, pihak HQ TudungSiComel mengambil langkah proaktif untuk menyediakan Skim Pembelian Tudung Secara Bayaran Tangguh kepada Usahawan Shopee / Tiktok / Lazada TudungSiComel.
MEKANISMA PEMBAYARAN SKIM 2.1
Jangkamasa pembayaran 3 bulan agar anda ada masa untuk rolling modal.
Pembayaran akhir adalah pada atau sebelum 25hb pada bulan ketiga dan pembayaran boleh dibuat melalui link yang disediakan ini dan selepas pembayaran berjaya dibuat boleh whatsapp admin Mira dan kongsikan resit bayaran.
Sekiranya anda buat pembayaran awal, anda boleh mohon tambahan pembiayaan baru.
Kita akan pertimbangkan untuk naikan had pembiayaan anda sekiranya pembayaran anda cantik berterusan.
Untuk Skim 2.1, tidak dibenarkan untuk membuat overlap. Anda perlu membuat bayaran dahulu untuk pembiayaan sebelumnya sebelum boleh membuat permohonan baru.
Contoh jadual pembayaran baru adalah seperti berikut:
Contoh Salbiah dan Amar memohon kemudahan skim ini sebanyak RM150 pada 15 Januari 2024.
1.Tempoh pembayaran perlu dibuat dalam jangkamasa 3 bulan dari bulan pinjaman dibuat. Jadi bagi kes di atas bayaran perlu dibuat adalah ditetapkan pada bulan Mac 2024 (sebelum atau pada 25hb) dan Salbiah dan Amar perlu membuat pembayaran pada link yang telah disediakan.
2. Anda masih boleh guna pakai kemudahan skim ini dalam tempoh 3 bulan dari tarikh pinjaman bagi memudahkan anda untuk rolling semula modal bagi membuat tempahan yang diterima dalam tempoh masa yang panjang.
tunGgakan bayaran
Sekiranya anda gagal untuk membuat bayaran pada tempoh yang ditetapkan, kita terpaksa blacklist anda dari menerima pembiayaan tambahan. Mohon hargai kemudahan yang disediakan. Terima kasih
PERHATIAN
⚠ Ini bukanlah pinjaman untuk anda membeli stok untuk disimpan. Tetapi program ini khas untuk dimanfaatkan bagi melancarkan tempahan Shopee / Lazada dan Tiktok anda sahaja.
Sekiranya anda rasa anda benar-benar memerlukan sahaja, boleh klik butang dibawah.
*Setelah anda isi borang, boleh hubungi admin Mira untuk semakan ya. Takut Mira terlepas pandang permohonan anda.
Nota: Borang permohonan ini akan sentiasa dibuka sepanjang tahun. Jika sales shopee / lazada / tiktok anda masih sedikit dan anda masih boleh mendahulukan modal anda sendiri, kita galakkan anda untuk menggunakan modal anda terlebih dahulu. Namun sekiranya satu hari nanti anda benar-benar memerlukan modal, anda boleh buat permohonan.
Semoga dengan adanya skim pembelian tudung secara tangguh ini dapat membantu anda sebagai Rakan Usahawan TudungSiComel 😃
FAQ
1.Boleh ke dalam tempoh 1 bulan, saya apply lebih dari sekali dan bagaimana dengan bayaran tersebut?
Boleh, namun anda harus membuat pembayaran penuh terlebih dahulu bagi pembiayaan sebelumnya.
2.Jika saya membuat bayaran awal sebelum tempoh 3 bulan, boleh ke ?
Boleh sahaja dan boleh maklumkan pada admin resit pembayaran yang telah dibuat.
3. Boleh saya nak apply skim ini awal sebelum ada tempahan yang masuk ?
Tidak dibenarkan. Admin akan luluskan permohonan anda berdasarkan tempahan yang sudah diterima sahaja jika tiada modal yang dapat didahulukan dari anda
4.Jika saya tak dapat membuat pembayaran dalam tempoh yang ditetapkan, adakah akan diambil apa-apa tindakan?
Nama anda akan disenarai hitam untuk pinjaman seterusnya.
5.Boleh ke saya apply skim ini untuk pembelian stock borong ?
Tidak dibenarkan, skim ini hanya digunakan untuk tempahan Shopee / Lazada dan Tiktok anda sahaja.
tunggakan bayaran
Sekiranya anda gagal untuk membuat bayaran pada tempoh yang ditetapkan, kita terpaksa blacklist anda dari menerima pembiayaan tambahan. Mohon hargai kemudahan yang disediakan. Terima kasih