The Power Of Sale Target

image 2

Alhamdulillah, baru tadi ada terima wasap gembira dari Cikgu Ieza ๐Ÿ˜˜

Saya kongsikan perkongsian beliau moga-moga jadi semangat juga buat rakan-rakan terutama yang baru join Rakan Usahawan TudungSiComel ๐Ÿฅฐ

Betul kata beliau, kita kena set target sale kita. Ianya adalah satu bentuk doa. Apabila kita ada target dan impikan sesuatu, sebenarnya ianya satu bentuk doa tanpa kita sedar.

Dan apabila kita berdoa pada Allah, pastinya Allah akan perkenankannya selagi ianya adalah doa yang baik-baik.

ูˆูŽู‚ูŽุงู„ูŽ ุฑูŽุจูู‘ูƒูู…ู ุงุฏู’ุนููˆู†ููŠ ุฃูŽุณู’ุชูŽุฌูุจู’ ู„ูŽูƒูู…ู’

al-Ghafir:60

Maksudnya: โ€œDan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepada-Ku, nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.โ€

Jom sama-sama kita set target dan berusahalah… in shaa Allah, pasti Allah akan perkenankan doa-doa kita. Aamiin.

Target jangan letak terlalu tinggi hingga kita sendiri rasa tak logik. Biar target kecil-kecil dahulu namun tak mustahil.

Contohnya jika sale biasa bulanan kita RM1000, jadi bulan nie kita target RM1500 pula dan naikan dari masa ke semasa.

Kongsikan target kita pada ruangan komen di bawah untuk kita sama-sama ambil inspirasi. Jika mereka boleh, in shaa Allah kita pun pasti boleh(dengan izin Allah).

Selain itu, tulis target kita di atas kertas dan tampal di tempat yang setiap hari kita boleh nampak. Tanpal di pintu peti ais kita contohnya, biar suami dan anak-anak kita tahu dan support kita juga ๐Ÿ˜

Selepas ada target, kita kenalah susun strategi bagaimana nak capai target kita dan terus berusaha.

So apa target kita bulan ini?

Bulan ini saya nak achieve sale target sebanyak RM1500.00… ya Allah, ya Fattah, ya Razzaq… makbulkan lah doa dan impian aku ini.. aamiin

Syahruddin
TudungSiComel

Rujuk:
https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-al-hadith/3174-irsyad-al-hadith-siri-ke-349-cara-penerimaan-doa

KOMISEN AFFILIATE TUDUNGSICOMEL

Leave a Comment