Saya ada hasilkan satu e-Book bertajuk 3 Kaedah Jana Pendapatan Dari Rumah.
Tujuannya adalah untuk memudahkan rakan-rakan untuk recruit rakan dropship baru di bawah tajaan anda.
Waktu sekarang adalah waktu paling sesuai untuk recruit ahli team baru anda. Apabila mereka join, sudah masuk peak time dan mudah-mudahan sale mereka terus mencanak-canak dan secara tak langsung memberi pendapatan mencanak-canak juga kepada anda. Aamiin
Apa itu program recruitement dan bagaimana saya boleh dapat manfaat darinya? Boleh RUJUK SINI
Ok jom kita bermula!
Langkah Mudah
1. Generate dahulu special affiliate link dari link ini. Bagaimana nak generate? Boleh RUJUK SINI.
https://tudungsicomel.com/usahawan/jana-pendapatan-dari-rumah/
2. Kongsikan special link affiliate anda terutama di group-group di mana dropship dan surirumah ramai berkumpul. Jemput mereka untuk baca.
3. Dalam eBook ada link pendaftaran, in shaa Allah jika mereka mendaftar, mereka akan berada di bawah tajaan anda.
maklumat penting
Jika anda dapati ada yang mendaftar tetapi tidak berada di bawah anda(senarai lifetime), mohon hubungi admin Mira untuk bantuan secara manual.
Akad Persetujuan: Sistem affiliate adalah sistem online dan mungkin ada kalanya tidak detect referal atas beberapa sebab. Contohnya prospek ada set cookie blocker dan sebagainya yang membuatkan sistem tidak kesan affiliate cookie. Sekiranya ada yang mendaftar namun tidak berada di dalam senarai Lifetime (referal) anda dan anda sendiri serta pihak HQ juga tidak sedarinya, anda bersetuju untuk tidak menuntutnya di akhirat kelak.
Digalakkan untuk mereka wasap anda dahulu sebelum anda berikan special link affiliate anda untuk mereka download ebook tersebut. Jadi anda boleh semak juga apabila mereka sudah mendaftar kelak.
Semoga bermanfaat