5 Aktiviti Kanak-Kanak Taska Yang Sangat Best dan Berbaloi

Taska merupakan tempat untuk kanak-kanak seawal usia 4 tahun belajar dan dalam masa yang sama mengasah perkembangan diri mereka sejak kecil dengan bermain. Namun pernahkah anda terfikir apakah aktiviti kanak-kanak taska yang terbaik untuk dilakukan bersama?

Kanak-kanak berusia 4 sehingga 6 tahun biasanya gemar melakukan aktiviti atau bermain dengan permainan yang menyeronokkan.

Usia seawal 3 tahun merupakan usia yang sesuai untuk mereka berjinak-jinak mencuba sesuatu yang baru. Kanak-kanak ini akan bermain sambil meneroka dan belajar keadaan sekeliling menerusi pelbagai aktiviti permainan yang menyeronokkan.

Contohnya seperti mana yang dilakukan dalam aktiviti kanak-kanak di taska. Permainan atau aktiviti yang betul ini sangat penting bagi kanak-kanak untuk membesar dengan sihat, kuat, dan cergas seperti kanak-kanak yang lain.

Aktiviti kanak-kanak taska

Aktiviti kanak-kanak taska yang bagus untuk perkembangan diri mereka

Aktiviti kanak-kanak taska boleh menjadi permainan yang menarik juga dilakukan di rumah sebenarnya. Anda pasti tertanya-tanya apakah jenis aktiviti kanak-kanak taska yang sesuai itu?

Ini antara persoalan yang sering bermain di minda para ibu bapa yang mempunyai anak-anak berusia 3 sehingga 6 tahun.

Mana tidaknya, jika berada di taska, anak-anak biasanya akan diisi dengan pelbagai aktiviti yang menarik dan menyeronokkan yang disediakan sendiri mengikut tahap usia mereka.

Tetapi sebaliknya di rumah kadangkala kanak-kanak tidak mempunyai aktiviti yang menarik hendak dilakukan.

Akibatnya, mereka akan cepat menjadi bosan dan masa yang ada cenderung dibiarkan begitu sahaja tanpa aktiviti yang bermanfaat.

aktiviti kanak-kanak taska

Sebenarnya, terdapat banyak aktiviti kanak-kanak taska yang boleh ibu bapa pilih dan lakukan bersama ketika di rumah.

Aktiviti kanak-kanak taska, yang akan kami kongsikan ini bukan sahaja menyeronokkan tetapi juga sangat bagus dalam tumbesaran anak-anak anda.

Jom kami kongsikan beberapa aktiviti kanak-kanak taska yang anda boleh lakukan di rumah. Antaranya ialah:

1. Anyaman

Aktiviti anyaman merupakan antara aktiviti yang sangat mudah untuk dilakukan di mana-mana sahaja terutama sekali apabila berada di rumah.

Kelebihan aktiviti kraftangan seperti ini dapat melatih kanak-kanak tentang kemahiran komunikasi, mengurus emosi, mengasah kreativiti, menyelesaikan masalah, dan sebagainya.

Malah bukan itu sahaja, walaupun ia nampak seperti aktiviti yang dilakukan secara individu.

Namun tidak dinafikan aktiviti seperti ini sangat seronok dilakukan secara berkumpulan dan jika menjadi amalan dalam sesebuah keluarga pastinya dapat membina dan menguatkan lagi ikatan seisi keluarga.

2. Melukis dan merwarna

Mana-mana kanak-kanak jika kita sebut pasal melukis dan merwarna , pasti mereka sangat teruja kerana kebanyakkan dari mereka menjadikan ia sebagai salah satu aktiviti yang sesuai untuk membina kreativiti dan bakat, mengembangkan kreativiti, mengenal warna dan membantu meningkatkan fungsi deria.

Dengan hanya pensel dan kertas, mereka mampu untu meluahkan segala kreativiti dengan mudah tanpa perlu berfikir lama hanya sekadar melihat dan mendengar.

aktiviti kanak-kanak taska

3. Main bola

Selain dari kesihatan minda, kesihatan badan juga merupakan antara perkara yang penting dalam perkembangan fizikal kanak-kanak.

Justeru itu, aktiviti permainan bola merupakan antara aktiviti kanak-kanak taska yang sesuai untuk dilakukan di rumah kerana ia dapat mengeluarkan peluh dan seterusnya dapat menyihatkan badan anak-anak anda.

Selain itu, ia juga dapat menguatkan motor dan fizikal anak-anak supaya dapat membesar dengan kuat dan sihat sambil berseronok.

4. Origami

Aktiviti kanak-kanak taska yang satu ini sedikit unik berbanding yang lain. Aktiviti origami adalah seni melalui melipat kertas untuk menghasilkan bentuk yang berbeza.

Antara origami yang popular adalah seperti perahu kertas, bakul, burung hingga pelbagai lagi elemen yang jauh lebih terperinci.

Aktiviti sebegini sememangnya menyeronokkan buat kanak-kanak. Dalam pada masa yang sama ia juga mudah merangsang kanak-kanak dari segi fizikal dan mental.

5. Aktiviti mengenal huruf

aktiviti kanak-kanak taska

Aktiviti mengenal huruf adalah salah satu cara supaya kanak-kanak dapat mengenali huruf sejak mereka masih kecil.

Dalam pada masa yang sama, dapat mewujudkan sikap minat membaca dalam kalangan anak-anak. Bukan itu sahaja, ia bagus sebagai tips untuk mengelakkan anak-anak mengalami masalah buta huruf dan sikap malas membaca.

Kepentingan pemilihan aktiviti kanak-kanak taska yang betul

Kesimpulannya, Setiap ibu bapa sudah tentulah mahukan anak-anak mereka membesar dengan sihat dan kuat.

Justeru itu, aktiviti kanak-kanak taska yang sesuai amat penting dalam tumbesaran anak-anak. Kanak-kanak yang sedang membesar sememangnya sangat memerlukan aktiviti yang terbaik untuk kesihatan badan dan minda mereka.

Dalam pada masa yang sama, ia untuk mengelakkan daripada kanak-kanak jatuh sakit ataupun menjadi seorang yang tidak aktif kerana kurangnya melakukan aktiviti yang bersesuaian dengan tumbesaran mereka.

Nak dapatkan bermacam info dan produk dari tudung Si Comel? Jom Follow FB Page Tudung Si Comel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Risk Free Shipping

If your order lost during shipment, we will do the replacement or refund

180 Days Guarantee

If you don`t satisfied with your order, just let us know. We can exchange or refund.

100% Secure Checkout

Seamless Payment with CHIP / MasterCard / Visa