Your Cart


Stress Dan Cepat Marah Antara Emosi Ibu Mengandung, 5 Punca Kesan dan Rawatan

Apakah yang dimaksudkan dengan emosi wanita mengandung? Ikuti perkongsian artikel ini sehingga ke penghujungnya.

Cabaran bergelar seorang ibu sebenarnya sudah bermula lagi sejak seorang wanita itu disahkan mengandung. Hal ini kerana, hakikat pada kehamilan walaupun ia satu rezeki yang diharapkan buat pasangan suami isteri.

Namun tetap banyak dugaan yang perlu dilalui oleh si ibu sepanjang sembilan bulan membawa kandungan.

Emosi wanita mengandung wanita sering menangis semasa hamil

039547500 1595487910 ibu hamil shutterstock 1255778656

Dalam memahami emosi ibu mengandung pastinya kita tidak akan mampu untuk menghuraikannya secara mendalam bila mana kita sendiri tidak melaluinya. Kerana wajar keperitan yang dirasakan oleh seorang ibu dalam menjalani pengalaman tersebut merupakan satu anugerah istimewa untuk dirinya.

Namun yang demikian, artikel ini akan lebih membawa anda kepada sudut pandang kesihatan dari rujukan pakar kesihatan.

Umum pasti mengetahui bahawa ibu hamil bukan sahaja mengalami masalah perubahan fizikal tetapi juga pada emosinya. Jika anda perasan, emosi yang gembira dan teruju seorang wanita yang tahu dirinya hamil boleh berubah secara tiba-tiba menjadi emosi lain.

Contohnya seperti sedih, risau, bimbang, takut dan bermacam-macam lagi perasaan yang hadir.

Bagaimana memahami emosi ibu mengandung

Menurut Dr Zubaidi Ahmad, Doktor Kanan Kumpulan Perubatan Penawar Sdn Bhd berkata, hampir kesemua wanita hamil akan mengalami perubahan yang bercampur baur antara gembira dan tertekan kerana keletihan.

Keletihan boleh kerana ia berpunca dari keadaan sekeliling, sama ada di tempat kerja, komitmen di rumah, dan kesan dari pembesaran bayi di dalam rahim. Wanita juga akan mula berfikiran jauh dari proses kelahiran anak sehinggalah kepada masa depan si anak.

Belum lagi si ibu memikirkan tentang dirinya sama ada boleh menjadi ibu yang terbaik atau tidak buat si kecil itu.

Bebanan fikiran dalam satu masa yang bermain di kepala wanita di tambah perubahan hormon yang tidak menentu membuatkan dia mudah berubah-ubah emosi.

Wanita sukar difahami, rumit untuk dijelaskan. Perlu dakap dari hati ke hati

Ungkapan ini ada benarnya bagi situasi bagi menghadapi mood seorang ibu sepanjang tempoh kehamilan. Hal ini kerana, setiap wanita mempunyai tindak balas yang berbeza dalam berhadapan dengan masalah ketika hamil.

Kesan emosi ibu mengandung terhadap kandungan

5fc4a92497220

Masalah kesihatan seorang ibu boleh memberi kesan terhadap bayi dalam kandungan. Maka timbullah persepsi sejauh mana kesan emosi ibu mengandung boleh mempengaruhi kandungan.

1. jantung berdegup kencang

Ketika seorang ibu stress, ia akan menghantar isyarat tertentu kepada tubuh untuk merembeskan hormon tertentu. Hormon inilah yang menjadikan otot dan jantung berdegup lebih kencang.

Ibu yang boleh menguruskan stress dengan baik akan membuatkan keadaan tubuh dapat kembali bekerja secara normal. Sekiranya tidak, stress memberi kesan jangka masa panjang yang membuatkan kualiti kesihatan ibu hamil merosot.

2. sistem pengendaian stress tubuh terganggu

Stress sepanjang tempoh kehamilan yang tidak dikendalikan dengan betul boleh menyebabkan seseorang itu melakukan sesuatu di luar jangkaan. Hal ini disebabkan oleh kegagalan sistem pengendalian stress.

Ransangan negatif pada tubuh mula kelihatan seperti keletihan, gangguan emosi, dan pelbagai jenis masalah kesihatan yang lain.

3. Kesihatan bayi dalam kandungan terjejas

ultrasound23

Laporan dari laman kesihatan Web MD mengatakan bahawa kesan emosi ibu mengandung boleh mengakibatkan masalah pada kelahiran bayi seperti lahir kurang berat atau kelahiran pramatang.

Bahkan dari kajian yang pernah dijalani, bayi seawal usia 17 minggu sudah boleh merasakan kesan stress yang dirasakan ibunya yang sedang hamil.

4. Bayi mengalami muntah stress

Menurut laporan oleh News Week, pakar mendapati bahawa bayi yang dilahirkan oleh ibu yang mengalami stress yang tinggi sepanjang kehamilan berpotensi “mewariskannya” kepada bayi.

Ini boleh anda lihat sendiri apabila bayi sudah dilahirkan nanti. Bayi ini mempunyai sensitiviti yang lebih tinggi terhadap tekanan berbanding bayi normal yang lain. Kajian memantau perkembangan bayi ini sehingga mereka di usia 2 tahun.

Hasilnya, anak jelas mempamerkan kecenderungan untuk berasa risau, takut, dan gelisah. Mereka diuji dengan memberikan anak sebiji normal.

Anak normal : bermain bola tersebut dan tidak begitu kekok terhadap orang yang tidak dikenali. 

Anak stress : berdiri keresahan di tepi dinding atau berlari balik kepada ibu masing-masing.

5. Menjejaskan kesan terhadap IQ bayi

Dalam pemerhatian yang lain dilaporkan melalui The Guardian, mendapati IQ bayi atau anak kecil yang terdedah dengan stress melampau ketika dalam kandungan lagi cenderung untuk memiliki IQ 10 poin di bawah purata.

Malah, kebanyakan daripada mereka turut memiliki kadar stres yang tinggi sehingga mengalami masalah untuk kurang fokus. Ini semuanya adalah kesan dari emosi ibu mengandung.

Cara merawat emosi ibu mengandung

1318392140

Dalam menguruskan emosi ibu mengandung, tidak lain tidak bukan individu penting yang perlu hadir bersama adalah suami itu sendiri. Sebagaimana si ibu sudah mengalas tanggungjawab menjadi ibu ketika anak masih dalam kandungan, begitu jugalah pergorbanan seorang ayah.

Berikut adalah beberapa cara untuk merawat emosi ibu mengandung yang perlu anda tahu:

1. Menerima segala cabaran dan pengalaman yang dilalui

Pertama sekali untuk merawat emosi ibu yang sedang hamil, kita perlu menerima apa sahaja yang berlaku dalam kehidupan ini dengan hati yang lapang. Pengalaman yang dilalui sepanjang kehamilan bukanlah sesuatu yang boleh berlaku kepada orang.

Setiap kisah ibu hamil itu berbeza-beza, dan justeru itu ambillah ia sebagai satu cara untuk lebih bersyukur dengan pemberian tersebut.

Bila hati kita lapang menerima, minda kita juga positif apabila berhadapan dengan cabaran mendatang.

2. Peka pada perubahan emosi isteri

istockphoto 1337907773 612x612 1

Sebagai suami, kita perlu peka pada perubahan emosi isteri. Jangan biarkan dia sendiri mengharungi saat-saat kehamilan itu tanpa kita di sisi. Sebagai insan yang paling rapat, suami mempunyai banyak ruang dan waktu untuk menjadi sandaran dan mententeramkan isteri.

Isteri pula perlu bersikap terbuka dengan suami dan sebolehnya tidak malu untuk menyuarakan rasa yang terbuka di hati. Hal ini agar kedua-duanya saling mudah untuk memberi keselesaan kepada diri masing-masing.

3. Berikan makanan yang diidamkan

shutterstock 552645067

Waktu hamil, bukan sahaja mood seorang isteri mudah berubah-ubah, malah seleranya juga sama. Selagi mana makanan yang diminta itu tidak memudaratkan ibu saat mengandung tiada masalah untuk kita jamu dan berikan kepada mereka.

Namun pastikan juga, makanan yang berkhasiat sentiasa menjadi tabiat makan harian si ibu agar anak turut mendapat nutrisi yang berguna untuk tumbesarannya.

4. Berusaha memberi hak pada diri sendiri

Dapatkan rehat dan tidur yang cukup itu kunci kepada kesihatan yang baik bagi seorang ibu mengandung.

Tentunya wanita bekerjaya tidak akan duduk diam biarpun mereka dalam tempoh hamil. Tetapi pastikan ada waktu “me time” sendiri untuk diri anda.

Semoga dengan perkongsian mengenai emosi ibu hamil ini dapat memberikan lebih banyak pengetahuan khususnya suami isteri yang baru pertama kali menimang cahaya mata.

Buatlah persediaan yang rapi sebelum anak itu lahir lagi agar kita sebagai ibu bapa kelak sudah memiliki keseimbangan mental dan fizikal yang mantap untuk mengharungi tanggungjawab tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Risk Free Shipping

If your orders lost during shipment, we will do the replacement or refund

Easy 180 days returns

180 days money back guarantee

100% Secure Checkout

Toyyibpay / MasterCard / Visa