Jalani kehidupan seikhlas matahari. Dilihat orang ataupun tidak, ia tetap bersinar. Dihargai ataupun tidak, ia tetap menerangi

5 Aktiviti Perkembangan Fizikal “Awesome” Yang Sesuai Untuk Kanak-Kanak

Aktiviti perkembangan fizikal sangat penting kepada kanak-kanak kecil yang sedang membesar dan sangat diperlukan oleh tumbesaran diri mereka.

Hal ini kerana, tanpa aktiviti perkembangan fizikal ia akan menjadikan kanak-kanak tersebut membesar dengan tidak aktif dan seterusnya mudah terdedah kepada pelbagai jenis penyakit.

Justeru itu, tidak hairanlah jika sewaktu sedang membesar, kanak-kanak akan menjadi semakin aktif terutama sekali sewaktu bermain.

Aktiviti perkembangan fizikal

Aktiviti perkembangan fizikal yang sesuai untuk anak

Aktiviti perkembangan fizikal

Namun begitu, dalam pada masa yang sama pastinya ramai ibu bapa yang terfikir juga apakah aktiviti perkembangan fizikal serta permainan yang sesuai untuk anak-anak kita ini?

Sebagai ibu bapa sudah pastilah ini antara persoalan yang akan bermain di minda terutama sekali sewaktu hendak membeli permainan atau ketika hendak merancang aktiviti yang sesuai untuk perkembangan anak-anak.

Kita sebagai ibu bapa kalau boleh sudah pastinya mahukan pemainan yang benar-benar memberi manfaat kepada anak-anak serta tidak membahayakan keselamatan diri mereka.

Begitu juga sewaktu merancang aktiviti permainan anak-anak, sudah pastilah kita akan merancang dengan sebaiknya.

Sebenarnya, ada beberapa aktiviti perkembangan fizikal yang sangat sesuai untuk anak-anak yang mana di antara aktiviti tersebut boleh dilakukan hanya dari rumah sahaja.

Hendak tahu lebih lanjut apakah aktiviti tersebut? Jom kami kongsikan dengan lebih mendalam.

1. Main bola

Aktiviti perkembangan fizikal yang pertama ini merupakan permainan yang sangat popular dan bagus untuk kanak-kanak sehingga orang dewasa.

Aktiviti bermain bola bukan sahaja dapat mengeluarkan peluh serta menyihatkan badan tetapi juga mencerdaskan minda anak-anak.

Ia membuatkan anak-anak menjadi lebih aktif dan cergas tubuh badan. Ini kerana, bola sepak mengajar anak kita untuk belajar menyepak, taktik menjadi penyerang dalam padang, menjaringkan gol dan sebagainya.

2. Ikut pergerakan kita

Selain itu, aktiviti perkembangan fizikal yang boleh kita lakukan ialah dengan mengajar anak mengikut pergerakan yang sebagai ibu bapa tunjukkan.

Cara ini dapat melatih minda anak anda untuk mengikut segala pergerakan terutama sekali jika mengajar anak-anak kecil bercakap dengan menyebut beberapa perkataan penting.

Aktiviti perkembangan fizikal

Anak-anak mudah terikut dan akan mengikut apa yang mereka lihat terutama sekali jika dari ibu bapa mereka sendiri.

Jadi, sewaktu anak-anak sedang membesar inilah peluang terbaik untuk mengajar mereka mengenai pergerakan yang penting dan dalam pada masa yang sama mengelakkan anak-anak dari mengalami masalah lambat bercakap.

3. Bermain di taman permainan

Bukan itu sahaja, bermain di taman permainan juga merupakan salah satu aktiviti perkembangan fizikal yang sesuai dan boleh membantu dalam meningkatkan lagi tumbesaran anak kecil yang sedang membesar.

Bermain di taman permainan memberi peluang kepada anak anda untuk mereka meneroka tanpa had dan dalam pada masa yang sama dapat menyihatkan badan mereka.

Justeru itu, tidak hairanlah jika anak kecil gemar bermain di taman permainan dan merasakan itulah waktu mereka yang paling seronok.

Aktiviti perkembangan fizikal

4. Permainan halangan

Selain dari permainan di atas, ada satu lagi permainan yang boleh dicuba sebagai aktiviti perkembangan fizikal ketika berada di dalam rumah iaitu bermain permainan halangan.

Permainan seperti ini membantu serta membuatkan anak anda berfikir tentang bagaimana caranya untuk melepasi halangan yang telah ditetapkan.

Cara ini membuatkan anak banyak berfikir dan mencari cara untuk melepasi halangan tersebut yang sekali gus, menyihatkan minda, menguatkan minda serta otak mereka.

5. Berikan anak tugasan

Selain itu, anda juga boleh berikan tugasan kepada anak untuk dijadikan sebagai salah satu aktiviti perkembangan fizikal.

Dengan memberikan mereka tugasan, ini dapat mendidik mereka untuk bertanggungjawab, berdikari serta mengajar anak supaya rajin membantu orang lain.

Mulakan dengan berikan merekatugasan yang kecil dahulu kemudian apabila anak berjaya melakukan tugasan tersebut barulah berikan mereka tugasan yang lebih besar.

Kesimpulanya, aktiviti perkembangan fizikal sangat penting buat kanak-kanak yang sedang membesar kerana ia dapat membantu anak-anak dalam menguatkan diri dari segi kesihatan fizikal dan mental.

Nak dapatkan bermacam info dan produk dari tudung Si Comel?? Jom Follow FB Page Tudung Si Comel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

100% Risiko Ditanggung

Bungkusan anda hilang semasa penghantaran? Kita akan pos baru.

Jaminan 180 Hari

Jika anda tidak berpuashati atau ada sebarang masalah, boleh tukar atau refund.

Penghantaran 7 Hari Seminggu

Kita proses semua tempahan dan penghantaran setiap hari.